Pages

Wednesday, December 15, 2010

PM Jepun lawat tapak Perang Dunia II




IOTO - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengadakan lawatan ke Iwo Jima iaitu tapak pertempuran berdarah yang mengorbankan lebih daripada 21,000 tentera semasa Perang Dunia Kedua, semalam. 

Lawatan Kan itu adalah susulan daripada penemuan dua kubur besar di sebuah pulau gunung berapi kecil yang mengandungi sekurang-kurangnya 12,000 rangka anggota tentera Jepun yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua. 

Penasihat Khas Perdana Menteri, Yukihiko Akutusu yang mengetuai operasi mencari itu berkata, anggaran lebih daripada 2,000 mayat tentera Jepun telah dikebumikan di tapak utama manakala kira-kira 70 hingga 200 mayat lagi ditanam di Suribachi. 

Usaha menggali tersebut dijangka mengambil masa selama beberapa bulan tetapi Akutusu menyatakan pasukannya sudah pun menemui 51 mayat yang sebahagiannya dibaluti kapas di dua kawasan berbeza di pulau itu. 

Perang Dunia Kedua mula meletus pada 19 Februari 1945 dan Iwo Jima tidak diisytiharkan sebagai kawasan selamat sehingga 26 Mac 1945.

No comments: