Pages

Sunday, December 5, 2010

Preity saman laman web




2010/12/05

PREITY dikerumuni wakil  media sebaik keluar dari Mahkamah Tinggi Mumbai, kelmarin.
PREITY dikerumuni wakil media sebaik keluar dari Mahkamah Tinggi Mumbai, kelmarin.
Aktres Bollywood berang media siar cerita salahguna dadah 

MUMBAI: Aktres terkenal India, Preity Zinta bertindak menyaman tujuh laman web dengan tuntutan berjumlah berjuta-juta rupee selepas mereka menyiarkan laporan pelakon itu menyalahgunakan dadah.Akhbar The Times of India melaporkan, Preity amat kecewa dengan laporan laman web terbabit yang diperoleh daripada sumber tidak benar dan cuba memfitnahnya.
Malah satu daripada laman web itu melaporkan nama Preity tercatat di dalam telefon bimbit seorang pengedar kokain dan dia juga mempunyai gambar pelakon itu menggunakan dadah. Laporan terbabit mendakwa Preity mendaftar dalam program pemulihan di Amerika. 

“Preity sudah melaporkan perkara itu kepada pihak polis di Mumbai dan kini berbincang dengan peguam untuk menentukan tindakan selanjutnya,” kata akhbar itu yang memetik sumber dari Bollywood. 

Times of India menyatakan Preity memandang serius perkara itu kerana berita sama dilaporkan beberapa laman web dan sumber beritanya seolah-olah datang daripada pihak yang sama. 

“Berita itu fitnah sama sekali dan saya meminta laman web terbabit menyiarkan gambar saya yang dikatakan sedang menggunakan dadah,” katanya yang dipetik akhbar itu. 
Preity berkata laporan palsu dan dakwaan yang disiarkan laman web itu menjejaskan imej serta nama baik beliau dan beliau berazam menyiasat perkara berkenaan hingga ke akar umbi. 

Sumber menyatakan Preity pernah diganggu seorang lelaki di New Delhi baru-baru ini dan mengesyaki lelaki terbabit bertanggungjawab menyebarkan fitnah mengenai dirinya. – Agensi 

No comments: