Pages

Saturday, July 24, 2010

Miranda, Bloom sah kahwin




2010/07/24

MIRANDA dan Bloom  berkahwin selepas sebulan bertunang.
MIRANDA dan Bloom berkahwin selepas sebulan bertunang.
SYDNEY: Supermodel Miranda Kerr yang dibesarkan di kawasan luar bandar Australia dilaporkan mengahwini aktor Hollywood, Orlando Bloom, kira-kira sebulan selepas pasangan terbabit mengumumkan pertunangan mereka. 

Miranda, 27, muncul sebagai model pakaian dalam Victoria Secret manakala Bloom, 33, pernah membintangi filem Pirates of the Caribbean dan The Lord of the Rings mula keluar bersama pada 2007 dan sering menafikan khabar angin mereka akan berkahwin.Bagaimanapun pegawai publisiti pasangan itu bulan lalu mengesahkan laporan mengenai hubungan dan pertunangan mereka benar.
Sementara itu, pusat beli belah David Jones di Australia yang melantik Miranda sebagai dutanya, mengesahkan perkahwinan mereka dalam satu kenyataan disiarkan melalui media Australia semalam. 

Miranda dilaporkan membatalkan kemunculannya bagi pelancaran fesyen musim panas dan musim bunga pusat beli belah itu akan datang. 

“Kami cuba merancang semua ini sekian lama malangnya peluang kami berbulan madu jatuh pada waktu yang sama pelancaran fesyen terbaru di David Jones,” katanya dalam kenyataan itu. 

“David Jones amat bermurah hati melepaskan saya untuk membolehkan saya meraikan majlis bermakna ini dan berbulan madu bersama.” – Reuters 

No comments: