Pages

Saturday, July 24, 2010

Kecewa terima ubat tamat tempoh




GAZA - Pegawai perubatan di Gaza melahirkan rasa kecewa kerana ada negara menyumbangkan ubat-ubatan yang sudah tamat tempoh kepada sukarelawan yang membawa bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di wilayah yang bergolak itu. 

"Hanya sekitar 30 peratus daripada ubat-ubatan yang dibawa ke Gaza dapat digunakan kerana selebihnya sudah melepasi tarikh luput dan tidak boleh digunakan," kata seorang pegawai Kementerian Kesihatan di Genting Gaza, kelmarin. 

Kejadian yang menyedihkan ini berlaku sejak lebih dua tahun lalu tetapi pegawai perubatan di hospital seluruh Gaza tidak meluahkan kekecewaan kerana tidak mahu melukakan hati penyumbang.

No comments: