2010/07/24
BAGHDAD: Empat tahanan dikaitkan dengan al-Qaeda melarikan diri dari sebuah penjara di sini yang diserahkan Amerika Syarikat kepada pihak berkuasa Iraq seminggu lalu, kata menteri kehakiman Iraq kelmarin, insiden berani yang memalukan sebuah kerajaan baru bertatih untuk membuktikan ia berupaya menguruskannya tanpa pengawasan Amerika. Dara Noureddin berkata keempat-empat mereka, sedang menunggu perbicaraan atas tuduhan keganasan, melarikan diri dari penjara kawalan keselamatan tinggi dikenali sebelumnya sebagai Camp Cropper.Insiden melarikan diri itu adalah yang kedua mengejutkan Iraq dalam tempoh seminggu dan kebimbangan bagaimana persiapan pihak berkuasa Iraq mengambil alih kawalan penuh negara ketika tentera Amerika dikurangkan secara mendadak menjelang bulan depan.Penyerahan 15 Julai oleh tentera Amerika, penjara yang pernah menahan Saddam Hussein dan anggota kanan lain rejimnya menandakan satu pencapaian kepada Iraq untuk mendapatkan kedaulatan penuhnya. Ia menawarkan satu ukuran kebanggaan di sebuah negara di mana pengeboman dan pembunuhan masih dianggap perkara biasa.
Noureddin tidak menamakan banduan yang melarikan diri, namun berkata mereka kini ditahan tentera Amerika.
Tentera Amerika, dalam satu kenyataan emel berkata ia “tidak mempunyai maklumat untuk dikongsi” dalam kes itu dan merujuk soalan kepada kerajaan Iraq.
Dua pegawai perisikan Iraq dalam Kementerian Dalam Negeri yang enggan dikenali tetapi mengetahui mengenai kes itu berkata pihak berkuasa percaya keempat-empat lelaki terbabit, yang dikenali sebagai anggota al-Qaeda, dibantu oleh pegawai penjara yang menjaga blok mereka. – AP
No comments:
Post a Comment