Pages

Saturday, July 24, 2010

Maut dibaham 5 anjing

CONCORD (California): Seorang budak berusia dua tahun menemui ajal selepas diserang lima anjing Pit Bull Terrier Amerika, semalam.
Kejadian ngeri itu berlaku apabila Jacob Bisbee menyelinap keluar dari rumah keluarganya dan membuka pintu garaj menyebabkan tiga anjing kacukan Britain itu menerpa keluar.
Anjing itu dipelihara datuk tirinya, Steven Hayashi.

Sebaik pintu garaj dibuka, anjing berkenaan menerkam Bisbee sebelum dua anjing jenis sama - juga milik Hayashi - yang ada di kawasan berhampiran turut menyerang budak itu.

Akibat serangan itu, Bisbee mengalami kecederaan parah dan disahkan mati di hospital berhampiran.

Semua lima anjing berkenaan juga dibunuh,.

Hayashi, 52, ditahan polis dan didakwa atas tuduhan membahayakan kanak-kanak serta memiliki haiwan yang menyebabkan kematian.

Ketika ini Hayashi dibebaskan dengan ikat jamin RM400,800.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.45 pagi ketika Bisbee ditemani neneknya, bapa saudara berusia 19 tahun, adiknya yang berusia empat tahun, dan sepupu berusia 13 tahun.

Namun, Hayashi tiada di rumah ketika itu.

Katanya, Hayashi memang memaklumkan kepada polis mengenai pemilikan anjing berkenaan.
“Polis belum mengetahui mengapa anjing berkenaan bertindak ganas,” katanya.

Menurut sumber itu, anjing berkenaan dijadikan haiwan peliharaan keluarga terbabit. - Agensi

No comments: