Pages

Saturday, July 24, 2010

4 universiti Indonesia 100 kolej terbaik Asia




2010/07/24

JAKARTA: Empat universiti Indonesia berada dalam kedudukan senarai 100 kolej teratas Asia dikumpul oleh badan penyelidikan umum Sepanyol menggunakan data internet. 

Kedudukan Webometrik Universiti Dunia satu inisiatif Makmal Sibermetrik, kumpulan penyelidikan milik Consejo Superior de Investigaciones Científicas (Siasatan Saintifik Majlis Tertinggi), meletakkan Institut Teknologi Bandung (ITB) di tempat ke-56, Universiti Gadjah Mada (UGM) (61), Universiti Indonesia (84) dan Universiti Gunadarma (88).“Aktiviti universiti adalah multidimensi dan ini digambarkan dalam kemunculannya dalam web,” kata Webometrik dalam laman web mereka.
“Justeru cara terbaik untuk membina kedudukan itu ialah menggabungkan sekumpulan petunjuk yang mengukur aspek berbeza ini,” katanya. 

Webometrik menggunakan empat petunjuk untuk membuat kesimpulan, termasuk jumlah fail yang boleh diperoleh menggunakan empat enjin carian dan keputusan carian antara lain bagi penerbitan akademik dan kertas penyelidikan.

Sepuluh universiti teratas dunia dikuasai Amerika Syarikat dengan Harvard berada di kedudukan teratas. 

Badan itu juga menyusun kedudukan 10 universiti teratas Indonesia menggunakan kaedah sama: 
1. Institut Teknologi Bandung (ITB) 
2. Universiti Gadjah Mada (UGM) 
3. Universiti Indonesia(UI) 
4. Universiti Gunadarma 
5. Universiti Petra Kristian 
6. Institut Pertanian Bogor (IPB) 
7. Institut Teknologi Sepuluh November (ITS) 
8. Universiti Airlangga (UNAIR) 
9. Universiti Diponegoro(UNDIP) 
10. Universiti Sebelas Maret (UNS) – Agensi 

No comments: