Pages

Monday, February 22, 2010

Kekejaman Yahudi

Monday, 21 May 2007 08:55
E-mail Print PDF

Saudaraku kaum muslimin sekalian,

Bertakwalah kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Pada hari ini, marilah kita merenung sejenak kepada firman Allah SWT yang memberi peringatan kepada umat Islam supaya berhati-hati dengan rancangan jahat musuh-musuh Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati menusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik….” (al-Maidah: 82)

Sidang jumaat sekalian,

Sesungguhnya Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian, keamanan, dan perpaduan. Islam tidak membeza-bezakan manusia berdasarkan warna kulit, kedudukan, pangkat, dan kasta. Islam menganggap semua manusia adalah sama. Yang membezakan mereka hanyalah ketinggian takwa seseorang itu sahaja.

Bahkan di dalam sistem pemerintahan Islam, orang-orang kafir yang menjadi rakyat di dalam negara Islam hendaklah dilayan dengan adil. Harta mereka tidak boleh dirampas, maruah mereka tidak boleh dicemari. Hak-hak mereka hendaklah ditunaikan. Sesiapa yang membunuh atau mencuri harta mereka hendaklah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.

Inilah ajaran Islam, malangnya sejarah membuktikan bahawa ketika Islam berkuasa, orang-orang kafir diberikan hak mereka, sebaliknya apabila orang-orang kafir yang berkuasa, hak-hak umat Islam dinafikan, bahkan umat Islam ditindas, dipenjarakan, dan dibunuh.

Ketika tentera salib menyerang dan menakluki ”Baitul Maqdis” pada tahun 492 hijrah, mereka telah melakukan kekejaman melampau dengan membunuh lebih 70,000 orang Islam di Masjid al Aqsa. Mereka turut merampas harta milik Masjid al Aqsa dan Masjid Sakhrah yang terdiri daripada emas dan perak yang bernilai berjuta-juta ringgit. Mereka bagaikan terlupa kepada layanan baik yang diberikan oleh pemerintah Islam selama hampir 5 kurun, sejak ” Bayt al Muqaddis” dibebaskan oleh saidina Umar al Khattab pada tahun ke 15 hijrah. Inilah sikap sebenar orang-orang kafir terhadap umat Islam. Sejarah sentiasa berulang dan umat Islam sering menjadi mangsanya.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah SWT,

Dalam surah al-Anfal ayat 60 Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh. Persoalannya ialah, siapakah yang dikatakan musuh Islam itu?

Sebenarnya Islam mempunyai banyak musuh. Bermula daripada iblis la’natullah hinggalah kepada manusia yang kufur dan munafik. Allah SWT memberitahu umat Islam bahawa di kalangan manusia, mereka yang paling kuat memusuhi Islam ialah orang-orang yahudi.

Siapakah orang-orang yahudi itu? Mereka sebenarnya adalah dari keturunan yang mulia, bahkan sebahagian besar para nabi dan rasul diutuskan dari kalangan bangsa ini. Kaum yahudi ataupun bani Israel adalah anak cucu Asbat iaitu dua belas orang anak nabi Ya’qub a.s.. Nabi Ya’qub yang digelar sebagai Israel itu pula adalah anak kepada nabi Ishak dan anak saudara kepada nabi Ismail serta cucu kepada nabi Ibrahim alaihimussolatu wassalam. Ini menunjukkan bahawa kaum yahudi adalah dari keturunan manusia-manusia yang terpilih di sisi Allah SWT.

Malangnya silsilah keturunan ini menjadikan mereka angkuh dan sombong serta memandang bangsa lain dengan pandangan yang hina dan jijik. Mereka menganggap bangsa lain lebih hina daripada anjing dan babi, bahkan membunuh bangsa lain khasnya umat Islam, tidak menjadi satu kesalahan dan tidak berdosa di sisi mereka.

Sejarah mencatatkan, bahawa kebanyakan nabi dari kalangan bani Israel ditentang oleh bangsanya sendiri. Nabi Musa dan Harun berkali-kali dikhianati oleh bangsa Yahudi. Nabi Zakaria dan Yahya dibunuh oleh mereka. Nabi Isa juga cuba dibunuh, tetapi diselamatkan oleh Allah SWT, bahkan kaum Yahudi juga pernah menumpahkan darah 300 orang nabi dari kalangan bangsa mereka sendiri. Setiap kali diutuskan para nabi, hanya segelintir sahaja mereka yang beriman.

Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap nabi Muhammad S.A.W. Sejarah juga meriwayatkan bahawa kaum Yahudi sebenarnya telah berusaha membunuh nabi sejak baginda belum dilantik menjadi rasul lagi. Namun usaha mereka tidak berhasil.

Selepas kerasulan nabi Muhammad kaum Yahudi pernah cuba menghempapkan batu besar ke atas kepala baginda, menghadiahkan daging beracun untuk dimakan oleh baginda dan menggunakan khidmat tukang sihir semata-mata untuk membunuh utusan Allah SWT. Semua kerja jahat yang mereka lakukan itu menjadi bukti jelas bahawa mereka sebenarnya sangat memusuhi Islam, walaupun mereka tahu kebenarannya.

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

Kejahatan kaum Yahudi tidak terhenti di zaman Rasulullah S.A.W. sahaja, bahkan ia berterusan dari zaman ke zaman hingga ke hari ini.

Pada tahun 1897, satu persidangan diadakan di Basle, Switzerland dengan tujuan untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Untuk merealisasikan impian itu, mereka telah menubuhkan gerakan Zionis yang diketuai oleh Theodor Herzl. Mereka cuba memberi rasuah kepada Sultan Abdul Hamid supaya diberikan kebenaran membina penempatan Yahudi di Palestin. Sebagai ganjaran, karana Zionis akan membayar kepada Sultan Abdul Hamid 150 juta wang emas Inggeris, melangsaikan semua hutang kerajaan Khilafah Uthmaniah. Menubuhkan satu pasukan armada tentera laut untuk kerajaan Khilafah Uthmaniah, membina universiti uthmaniah di Baitul Maqdis dan memberikan sokongan politik kepada Sultan Abdul Hamid di Eropah dan Amerika.

Walaupun kerajaan Islam Uthmaniah berada dalam keadaan tenat ketika itu, namun secebis keimanan yang masih kental dalam hati khilafah mendorong Sultan Abduil Hamid memberikan jawapan berikut :

“Saya tidak boleh bertolak ansur walaupun sejengkal dari bumi palestin kerana ia bukan milik saya, tetapi ia milik umat islam yang telah berperang dan mengorbankan darah seluruhemas yang ada di atas muka bumi ini sekalipun, saya tidak akan benarkan kamu mengambil bumi Palestin”.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Gerakan Zionis tidak berputus asa. Mereka cuba menjalinkan kerjasama dengan British yang masuk ke Pelastin dengan jalan perjanjian. Dalam tempoh penjajahan itu, British membuka laluan kemasukan beramai-ramai pendatang yahudi dan membuka penempatan haram untuk mereka.

Akhirnya pada 29 Disember 1947, (50 tahun selepas penubuhan gerakan Zionis), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengistiharkan pembahagian Palestin kepda dua bahagian. Satu untuk orang Arab dan satu lagi untuk dibina negara haram Israel.

Walaupun, sudah dapat membentuk kerajaan bagi kaum Yahudi, mereka masih tidak berpuas hati, mereka terus bertindak ganas menghalau dan membunuh umat islam. Pada tahun 1948 pengganas yahudi yang diketuai oleh Perdana Menteri Menachem Begin membunuh umat islam di Dir Yassin, kebanyakan daripada mereka adalah wanita. Penduduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak dihadapan penduduk yahudi untuk dilontarkan dengan batu.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Keganasan Ariel Sharon tidak terhenti setakat itu sahaja, ketika menjadi menteri pertahanan, beliau telah mengarahkan bala tenteranya ke selatan Lubnan untuk membunuh umat Islam Palestin yang menjadi pelarian di Sabra dan Syatilla. Selama tiga hari berturut-turut mereka membunuh umat Islam tanpa mengira orang tua, wanita mahupun kanak-kanak dengan jumlah kematian jauh lebih besar iaitu menjangkau 7,000 orang.

Kekejaman demi kekejaman yang telah dilakukan oleh Sharon sehinggalah dunia dikejutkan oleh pembunuhan kejam terhadap Syeikh Ahamad Yasin pada tahun 2004.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Adakah fenomena ini menunjukkan umat Islam Palestin hanya diam berpeluk tubuh dan tidak melawan?. Sebenarnya sejak tahun 20-an lagi umat Islam di Palestin telah berjuang menentang penjajahan British dan Yahudi. Ramai yang gugur syahid kerana mempertahankan bumi tercinta dan maruah agama yang ternoda. Mereka tidak bersendirian, bahkan umat Islam dari negara-negara Arab yang lain turut memberikan bantuan dan turun ke medan perang menentang pengganas Yahudi.

Ternyata kesatuan yang terbina diantara umat Islam ketika itu berjaya mematahkan kemaraan tentera Yahudi. Namun kemenangan tidak kekal lama apabila pemimpin-pemimpin Arab mula merasa bimbang dengan keupayaan pasukan-pasukan sukarelawan yang telah di bentuk. Mereka merasa kedudukan mereka semakin terancam dengan kemunculan pejuang-pejuang Islam ini. Mereka bimbang golongan ini akan menggulingkan mereka apabila pulang ke negara masing-masing. Kesemua mereka dipanggil pulang, mereka kemudiannya dipenjarakan. Ada juga yang di bunuh seperti Hassan Al-Banna, Abdul Kadir Audah dan lain-lain lagi.

Pemimpin Arab seterusnya menutup pintu sempadan bagi menghalang pejuang-pejuang Islam menyerang ke Palestin untuk membantu umat Islam yang tertindas, sehingga ke hari ini sempadan Palestin dengan negara-negara arab yang lain ditutup dan tiada siapapun dibenarkan membawa masuk bantuan kepada umat Islam menerusi sempadan itu. Umat Islam Palestin kini terpaksa berjuang bersendirian. Tidak ada senjata yang mereka perolehi melainkan anak-anak batu yang dilontar.

Sidang jumaat sekalian,

Sebagai manusia yang bertuhankan Allah SWT, barnabikan Muhammad SAW dan bersaudarakan umat Islam, maka sepatutnya kita merasa sensitif di atas perkembangan yang berlaku. Kita bakal ditanya oleh Allah SWT di Akhirat kelak, apakah sumbangan yang telah kita lakukan untuk membantu umat Islam Palestin, jika berdoa pun tiada, derma pun tidak dihulurkan, maka bagaimanakah kita akan menjawab di hadapan Allah pada hari Akhirat kelak?.

Justeru marilah kita bersama-sama menyusun saf, memperkukuhkan kesatuan, meningkatkan semangat persaudaraan Islam, meningkatkan ilmu pengetahuan bagi menghadapi ancaman musuh di masa-masa yang akan datang. Sesungguhnya perpaduan adalah ubat yang sangat mujarab untuk mengalahkan musuh. Di samping itu, marilah sama-sama kita menghulurkan sumbangan derma kepada umat Islam Palestin menerusi tabung-tabung kutipan derma yang diyakini derma itu akan disampaikan kepada umat Islam Palestin dan Lubnan.

Sesungguhnya umat Islam di Palestin kini sedang kelaparan dan kehausan. Mereka tidak ada wang untuk membeli makanan dan minuman. Mereka tidak ada wang untuk menghidupkan api di dapur. Saluran air dan tenaga elektrik mereka dimusnahkan. Bekalan susu dan ubat-ubatan untuk anak-anak mereka disekat. Hospital dan jambatan di bom oleh tentera Yahudi. Kerajaan yang di pilih oleh rakyat dinafikan kuasa dan kedaulatannya. Kutipan cukai daripada rakyat Palestin sebelum ini berjumlah 55 juta dolar sebulan tidak dipulangkan kepada pemerintah tempatan, menyebabkan kerajaan tidak dapat membayar gaji dan elaun kepada pegawai kerajaan, bahkan ahli-ahli parlimen Palestin juga terpaksa berlapar kerana wang yang ada perlu didahulukan kepada kepentingan rakyat. Sehingga kini, sebahagian pemimpin mereka telah ditawan oleh tentera Yahudi.

Kita sekarang sedang berada di dalam negara yang mempunyai nikmat melimpah- ruah. Jika bukan kita yang membantu mereka, maka siapa lagi yang kita harapkan?. Jika bukan sekarang, maka bilakah kita akan membantu mereka?. Adakah kita menanti sehingga kita pula yang akan dimiskinkan Allah SWT?. ataukah kita hendak menunggu sehingga Malaikat Izrail datang berkunjung?.

Firman Allah swt yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia Ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.Jika kamu tidak berangkat untuk berperang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (At-Taubah:38-39).

No comments: