Sumber:Teks Khutbah Jumaat
ALLAH berfirman bermaksud: “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang yang beriman ialah orang Yahudi dan orang Musyrik..." (Surah al-Maidah, ayat 82)
Ayat ini adalah peringatan Allah kepada umat Islam supaya berhati-hati rancangan jahat musuh Islam.
Sesungguhnya Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian, keamanan dan perpaduan. Islam tidak membeza-bezakan manusia berdasarkan warna kulit, kedudukan, pangkat dan kasta. Islam menganggap semua manusia adalah sama. Yang membezakan mereka hanya ketinggian takwa seseorang itu.
Bahkan di dalam sistem pemerintahan Islam, orang kafir yang menjadi rakyat di dalam negara Islam hendaklah dilayan adil. Harta mereka tidak boleh dirampas, maruah mereka tidak boleh dicemari. Hak mereka hendaklah ditunaikan. Sesiapa yang membunuh atau mencuri harta mereka hendaklah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman.
Inilah ajaran Islam.
Malangnya, sejarah membuktikan bahawa ketika Islam berkuasa orang kafir diberikan hak mereka, sebaliknya apabila orang kafir yang berkuasa, hak umat Islam dinafikan, bahkan umat Islam ditindas, dipenjarakan dan dibunuh.
Ketika tentera salib menyerang dan menakluki Baitulmaqdis pada tahun 492 hijrah, mereka telah melakukan kekejaman melampau dengan membunuh lebih 70,000 orang Islam di Masjid Al-Aqsa.
Mereka turut merampas harta milik Masjid Al-Aqsa dan Masjid Sahrata iaitu emas dan perak yang bernilai berjuta-juta ringgit. Mereka bagaikan terlupa kepada layanan baik yang diberikan oleh pemerintah Islam selama hampir lima kurun sejak Baitulmaqdis dibebaskan oleh Saidina Umar Al-Khatab pada tahun ke-15 hijrah. Inilah sikap sebenar orang kafir terhadap umat Islam.
Sejarah sentiasa berulang dan umat Islam sering menjadi mangsanya.
Dalam surah al-Anfal ayat 60, Allah memerintahkan umat Islam supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi musuh.
Persoalannya ialah, siapakah yang dikatakan musuh Islam itu? Sebenarnya Islam mempunyai banyak musuh. Bermula daripada iblis laknatullah hinggalah kepada manusia yang kufur dan munafik.
Allah memberitahu umat Islam bahawa di kalangan manusia, mereka yang paling kuat memusuhi Islam ialah orang Yahudi.
Siapakah orang Yahudi? Mereka sebenarnya daripada keturunan mulia, bahkan sebahagian besar nabi dan rasul diutuskan daripada bangsa ini.
Kaum Yahudi atau Bani Israel adalah anak cucu Asbat iaitu 12 anak Nabi Yaakob. Nabi Yaakob yang digelar sebagai Israel itu pula adalah anak kepada Nabi Ishak dan anak saudara kepada Nabi Ismail serta cucu kepada Nabi Ibrahim. Ini menunjukkan bahawa kaum Yahudi adalah daripada keturunan manusia yang terpilih di sisi Allah.
Mereka menganggap bangsa lain lebih hina daripada anjing dan babi, bahkan membunuh bangsa lain khasnya umat Islam, tidak menjadi satu kesalahan dan tidak berdosa di sisi mereka.
Sejarah mencatatkan, bahawa kebanyakan nabi daripada kalangan Bani Israel ditentang oleh bangsanya sendiri. Nabi Musa dan Harun berkali-kali dikhianati oleh bangsa Yahudi.
Nabi Zakaria dan Yahya dibunuh oleh mereka. Nabi Isa juga cuba dibunuh, tetapi diselamatkan oleh Allah. Bahkan, kaum Yahudi juga pernah menumpahkan darah 300 nabi dari kalangan bangsa mereka sendiri. Setiap kali diutuskan nabi, hanya segelintir di kalangan mereka yang beriman.
Begitu juga dengan apa yang berlaku terhadap Nabi Muhammad SAW. Sejarah juga meriwayatkan bahawa kaum Yahudi sebenarnya telah berusaha membunuh Nabi SAW sejak Baginda belum dilantik menjadi rasul lagi. Namun, usaha mereka tidak berhasil.
Selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW, kaum Yahudi pernah cuba menghempapkan batu besar ke atas kepala Baginda, menghadiahkan daging beracun untuk dimakan oleh Baginda dan menggunakan khidmat tukang sihir semata-mata untuk membunuh utusan Allah ini.
Semua kerja jahat yang mereka lakukan itu menjadi bukti jelas bahawa mereka sebenarnya sangat memusuhi Islam, walaupun tahu kebenarannya.
Kejahatan kaum Yahudi tidak terhenti pada zaman Rasulullah SAW, bahkan berterusan dari zaman ke zaman hingga ke hari ini.
Pada 1897, satu persidangan diadakan di Basle, Switzeland untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Untuk merealisasikan impian itu, mereka merancang menubuhkan gerakan Zionis yang diketuai oleh Khalifah Abdul Hamid. Mereka merancang memberi rasuah kepada Sultan Abdul Hamid supaya diberikan kebenaran membina penempatan Yahudi.
Sultan Abdul Hamid ditawarkan 150 juta wang emas Inggeris dan melangsaikan semua hutang kerajaan Khalifah Usmaniah. Selain itu, menubuhkan satu pasukan armada tentera laut untuk kerajaan Khalifah Usmaniah, membina Universiti Usmaniah di Baitulmaqdis dan memberikan sokongan politik kepada Sultan Abdul Hamid di Eropah dan Amerika.
Kerajaan Islam Usmaniah walaupun berada dalam keadaan tenat ketika itu, namun secebis keimanan yang masih kental di dalam hati Khalifah mendorong Sultan Abdul Hamid memberikan jawapan berikut:
"Saya tidak boleh bertolak ansur walaupun sejengkal daripada bumi Palestin, kerana ia bukan milik saya, tetapi ia adalah milik umat Islam yang telah berperang dan mengorbankan darah untuk mendapatkannya... Sekiranya kamu membayar kepada saya dengan seluruh emas yang ada di atas muka bumi ini sekalipun, saya tidak akan benarkan kamu mengambil bumi Palestin.”
Gerakan Zionis tidak berputus asa. Mereka cuba menjalin kerjasama dengan British yang masuk ke Palestin dengan jalan penjajahan. Dalam tempoh penjajahan itu, British membuka laluan kemasukan beramai-ramai pendatang Yahudi dan membuka penempatan haram untuk mereka.
Akhirnya pada 29 November 1947 (lima tahun selepas penubuhan gerakan Zionis), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengisytiharkan pembahagian Palestin kepada dua bahagian. Satu untuk orang Arab dan satu lagi untuk dibina negara haram Israel.
Kaum Yahudi walaupun sudah dapat membentuk kerajaan, masih tidak berpuas hati, mereka terus bertindak ganas membunuh umat Islam.
Pada 1948, pengganas Yahudi yang diketuai oleh Perdana Menteri Menachem Begin membunuh umat Islam di Diriasin kebanyakannya wanita. Penduduk yang masih hidup diangkut dengan trak dan diarak di hadapan penduduk Yahudi dilontar dengan batu.
Keganasan Yahudi bukan setakat itu, Ariel Sharon ketika menjadi Menteri Pertahanan mengarahkan bala tentera ke selatan Lubnan untuk membunuh umat Islam Palestin yang menjadi pelarian di Sabra dan Syitilla. Selama tiga hari berturut-turut mereka membunuh umat Islam tanpa mengira orang tua, wanita mahu pun kanak-kanak dengan jumlah kematian jauh lebih besar iaitu menjangkau 17,000 orang.
Kekejaman yang dilakukan oleh Sharon sehinggalah dunia dikejutkan oleh pembunuhan kejam terhadap Syeikh Ahmad pada 2004.
Adakah fenomena ini menunjukkan umat Islam Palestin hanya diam berpeluk tubuh dan tidak melawan?
Sejak tahun dua puluhan lagi umat islam di Palestin telah berjuang menentang penjajahan British dan Yahudi. Ramai yang gugur Syahid kerana mempertahankan bumi tercinta dan maruah agama yang ternoda.
Mereka tidak bersendirian, bahkan umat Islam dari negara Arab lain memberikan bantuan dan turun ke medan perang menentang pengganas Yahudi.
Ternyata kesatuan yang terbina di antara umat Islam ketika itu berjaya mematahkan kemaraan tentera Yahudi. Namun, kemenangan tidak kekal lama apabila pemimpin Arab mula bimbang dengan keupayaan pasukan-pasukan sukarelawan telah dibentuk.
Mereka merasakan kedudukan mereka semakin terancam dengan kemunculan pejuang Islam ini. Mereka bimbang golongan ini akan menggulingkan mereka apabila pulang ke negara masing-masing. Mereka dipanggil pulang, kemudiannya dipenjarakan. Ada juga yang dibunuh seperti Hassan Al-Banna dan Abdul Kadir Audah.
Pemimpin Arab seterusnya menutup pintu sempadan bagi menghalang pejuang Islam menyeberang ke Palestin untuk membantu umat Islam yang tertindas. Sehingga ke hari ini sempadan Palestin dengan negara Arab yang lain ditutup dan tiada siapa pun dibenarkan membawa masuk bantuan kepada umat Islam menerusi sempadan itu.
sumber:
Petikan teks Khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam Selangor pada 18 Ogos 2006.
FAKTA
1 .Israel adalah gelaran diberikan kepada Nabi Yaakob. Bani Israel adalah anak cucu Asbat iaitu 12 anak Nabi Yaakob.
2 .Nabi Musa, Harun, Zakaria, Yusuf dan Yahya antara nabi dari kalangan bangsa Yahudi.
3 .Yahudi pernah meracun Rasulullah dan cuba menghempap batu besar ke Kepala Nabi Muhammad.
4 .Pada 1897, satu persidangan diadakan di Basle, Switzeland untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Untuk merealisasikan impian itu, mereka menubuhkan gerakan Zionis yang diketuai oleh Abdul Hamid.
5 .Pada 29 November 1947 (lima tahun selepas penubuhan gerakan Zionis), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengisytiharkan pembahagian Palestin kepada dua bahagian. Satu untuk orang Arab dan satu lagi untuk dibina negara haram Israel.
No comments:
Post a Comment