Pages

Sunday, October 11, 2015

Pelajar Alami Alahan Teruk Jika Ke Sekolah


Diterbitkan: Sabtu, 10 Oktober 2015 9:31 AM

SEORANG pelajar perempuan dilaporkan mengalami alahan teruk apabila dia berada dalam kelas.
Tiffiney Blakely, 13, dibawa ke hospital pada minggu lepas selepas mengalami 'lethal anaphylactic shock' apabila berada di dalam kelas untuk memulakan pembelajaran.
Menurut Tiffiney, dia mula rasa gatal-gatal dan kepeningan semasa berada dalam kelas Matematik.
"Saya mula kepanasan dan bengkak-bengkak di badan mula timbul bintik-bintik. Saya juga tidak dapat melihat dengan jelas dan tekak saya semakin sakit. Saya sangat takut seperti saya akan mati," katanya.
Tiffiney berasal dari Grimsby, sebelum ini mengalami alahan dengan kacang.
Doktor percayai alahan yang dialami Tiffiney tiada kaitan dengan kacang.
Sampel cat dan permaidani dari sekolahnya iaitu Akademi John Whitgift di Grimsby telah dihantar untuk mengenal pasti punca sebenar.

Saturday, October 10, 2015

Ketagih tebuk muka


Berlin: Seorang lelaki berusia 22 tahun kini memegang rekod dunia kerana menebuk ‘terowong’ terbanyak pada wajahnya.

Joey Miggler mampu memasukkan lidahnya - yang turut dibelah dua - ke dalam lubang sebesar 34 milimeter yang ditebuk di kedua-dua pipinya.

Malah, dia juga boleh memasukkan apa saja melalui lubang pada wajahnya itu termasuk gula-gula.

Secara keseluruhannya dia mempunyai 11 lubang di mukanya termasuk pada bibir dan hidung.

Miggler pertama kali melakukan tindikan pada telinga ketika berusia 13 tahun, namun sejak itu terlalu taksub dengan mengubah rupanya dan mengaku ‘ketagih’ dengan aktiviti berkenaan.

“Saya sangat berbangga dengan lubang pada muka saya, dan masih mahu menambahnya. Malah saya mahu membesarkan lubang yang ada supaya lebih unik.

“Seronok melakukan eksperimen dengan badan saya seperti ini,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 6:04 AM

MIGGLER
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83636#sthash.axfKWw2O.dpuf

Kembar jadi parasit


New Delhi: Seorang budak lelaki berusia empat tahun dikesan ‘mengandung’ kerana lahir dengan keadaan yang amat unik, iaitu dengan janin di dalam perutnya.

Kanak-kanak dari kampung Kharikabandh di Benggala Barat dilahirkan dengan keadaan dikenali sebagai ‘foetus in fetu’ yang terlalu jarang berlaku dan membabitkan satu dalam 500,000 kelahiran. Hanya 200 kes dilaporkan di seluruh dunia.

International Business Times melaporkan, kanak-kanak itu mengadu sakit perut minggu lalu dan dibawa ke hospital. Doktor yang percaya dia mempunyai ketumbuhan dalam perutnya melakukan imbasan CT dan terkejut melihat mayat janin ‘sempurna’ di situ.

Pada 2012, seorang budak perempuan berusia 11 tahun dimasukkan ke hospital di China selepas lengan ketiga tiba-tiba tumbuh di belakangnya yang kemudian didapati sebenarnya kembar seiras yang tidak berkembang sebelum memasuki tubuhnya.

Malah mayat janin itu turut mempunyai payudara, lengan, tulang belikat dan dua jari. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 6:06 AM

GAMBAR fail menunjukkan satu kes janin pada tubuh seorang kanak-kanak di China.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/83643#sthash.Yatu00Yo.dpuf

Bapa Turunkan Berat Badan Kerana Tidak Mahu Malukan Anak


Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 11:30 AM

SEORANG bapa sanggup menurunkan berat badannya sebanyak 127 kilogram kerana tidak mahu memalukan anaknya di hari pertama persekolahan.
Sebelum ini, berat Matthew Thornton, 43, mencecah 197 kilogram semasa anak lelakinya, Freddie, 2, masih bayi.
"Anak lelaki saya masih kecil semasa saya mengalami obesiti yang melampau, tetapi Freddie lihat gambar lama saya dan mengatakan ayahnya sangat gemuk.
"Pada 2013, anak lelakinya baru berusia 2 tahun. Saya tahu dia akan memulakan sesi persekolahan dalam beberapa tahun lagi dan saya tidak mahu jadi seorang bapa yang gemuk," kata Matthew.
Perubahan selama dua tahun itu berjaya selepas dia menukar semua makanan yang tidak sihat kepada makanan seimbang dan senaman yang dilakukan.
Berat badannya yang susut kepada 70 kilogram kini menyebabkan ramai tidak mengenalinya.
Pinggang Matthew pernah mencecah kepada 58 inci dan berkata dia perlukan perubahan dan mula merujuk kepada pakar yang menawarkan perkhidmatan perlangsingan berat badan.
Kini, pinggang Matthew mencecah 28 inci dan beliau bangga dengan kejayaannya dan berkata pencapaiannya ini akan dijadikan sebagai contoh terbaik kepada anaknya.

Remaja perempuan bersin 20 kali dalam seminit


Katelyn Thornley berdepan dengan penyakit misteri menyebabkan
Katelyn Thornley berdepan dengan penyakit misteri menyebabkan dia sering bersin sepanjang hari. AGENSI
ANGELETON 9 Okt. – Seorang gadis dari Texas terpaksa melupakan keseronokan alam remaja selepas berdepan dengan sejenis penyakit misteri menyebabkan dia bersin sehingga 12,000 kali sehari.
Menurut laman web Oddi­ty Central, Katelyn Thornley ber­depan masalah tersebut sejak tiga minggu lalu selepas menyertai kelas muzik klarinet di sekolahnya.
“Saya fikir ini bersin biasa di­sebabkan alahan dengan sesuatu,” ujar remaja berusia 12 tahun itu.
Namun, keadaan semakin te­ruk selepas dia bersin sehingga 20 kali dalam seminit, sekali gus menyebabkan dia tidak boleh me­lakukan sebarang aktiviti.
“Saya juga berdepan dengan kesakitan di bahagian perut, kaki dan menyebabkan saya tidak boleh menjamah makanan,” terang­nya.
Lebih menyedihkan, Thornley terpaksa meninggalkan sesi persekolahan dan tidak boleh menyertai kelas muzik klarinet lagi.
Ibu bapanya cuba membawa dia berjumpa dengan enam orang pakar perubatan, namun semua pakar berkenaan tidak mampu merawat penyakit ganjil yang dialaminya.
Pasukan doktor juga mendakwa, simptom yang dialami Thornley itu bukan alahan atau disebabkan virus, tetapi adalah tindak balas yang berkait dengan tekanan, manakala sebahagian doktor lagi mendakwa penyakit yang dialami gadis itu berkaitan dengan saraf.
Thornley berkata, dia akan berhenti bersin hanya pada waktu tidur selepas mengambil sejenis ubat penenang, Benadryl.
“Sedih melihat keadaannya, kerana setiap masa dia hanya bersin tanpa henti,” ujar ibunya, Lynn Johnson yang berharap anaknya kembali sihat dan dapat menjalani kehidupan normal.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/remaja-perempuan-bersin-20-kali-dalam-seminit-1.144730#sthash.xJwbKHz3.dpuf

Friday, October 9, 2015

Orang kaya Dubai bina bilik salji di rumah


Antara reka bentuk bilik salji di rumah yang semakin popular dalam
Antara reka bentuk bilik salji di rumah yang semakin popular dalam kalangan individu kaya di Dubai. Agensi
DUBAI 8 Okt. – Seorang ahli perniagaan Britain bijak mengambil peluang perniagaan apabila berjaya menarik perhatian penduduk kaya di destinasi pelancongan terkenal, Dubai yang mahukan suasana sejuk ekoran musim panas di negara ini.
Ahli perniagaan itu, Ben Elliot-Scott, memperkenalkan bilik salji kepada mereka ekoran kebanyakan daripada 2.4 juta penduduk Dubai tidak pernah melihat salji berikutan cuaca di Teluk tidak pernah turun daripada 24 darjah Celcius.
Peningkatan populariti bilik ber­kenaan juga berlaku selepas pe­nayangan filem animasi Frozen dan Desert Snow.
Elliot-Scott, 37 dari Bath, So­merset berkata, dia mengenakan caj sehingga 180,000 pound (RM1.164 juta) untuk membina bilik salji di kediaman pelanggannya yang kebiasaannya digunakan sebagai lokasi parti lengkap dengan hiasan orang salji.
Dia mampu menghasilkan 1,000 kubik meter ais dalam tempoh 24 jam menggunakan air, udara, dan nitrogen.
“Perkara paling menggembirakan dalam apa yang kami lakukan adalah kegembiraan kepada mereka yang buat pertama melihat salji,’’ katanya seperti lapor Mail Online.
Jelas Elliot-Scott, pelanggannya terdiri daripada pegawai eksekutif yang tinggal di kawasan mewah seperti di Emirates Hills.
“Kebanyakan parti ini diadakan di kediaman seperti vila yang mempunyai laman,’’ katanya.
Elliot-Scott berkata, syarikatnya juga baru menyiapkan dua bilik salji untuk pelanggan dengan kos bermula pada 71,000 pound (RM459,731).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/orang-kaya-dubai-bina-bilik-salji-di-rumah-1.144430#sthash.l6A6BiOq.dpuf

Pemuda obes 
dihalau dari hospital


Gara-gara pesan piza kerana gagal kawal nafsu makan

Steven Assanti, yang hampir seberat 362 kilogram, terpaksa tinggal di dalam kereta bapanya selepas dihalau daripada hospital kerana memesan piza. Agensi
RHODE ISLAND 8 Okt. - Seorang pemuda yang berat badannya hampir 362 kilogram yang dirawat di sebuah hospital di sini, dihalau selepas dia memesan piza, dan kini terpaksa tinggal dalam kereta SUV milik bapanya.
Portal Mail Online melaporkan, pemuda itu, Steven Assanti, 33, dari Cranston menerima bantuan untuk mengawal ‘ketagihan kepada makanan’ di Hospital Rhode Island di Providence.
Sejak dirawat di hospital ber­kenaan selama beberapa bulan, Assanti berjaya mengurangkan berat badannya kira-kira sembilan kilogram.
Bagaimanapun, apabila dia me­langgar peraturan yang ditetapkan dengan memesan makanan ringan, Assanti yang kini seberat 352 kilogram tidak dibenarkan untuk berada di hospital berkenaan lagi.
Asssanti sepatutnya berada di hospital itu sehingga berat badannya turun kepada 249 kilo­gram bagi membolehkannya menjalani pembedahan pintasan gastrik.
Bapa Assanti, Steven Veilette berkata, dia tidak boleh membawa anaknya pulang dan tidak tahu apa yang patut dilakukan.
“Jika saya membawanya pulang ke rumah dan dia mampu memanjat tangga, anak saya akan kembali kepada ketagihannya itu.
“Saya sudah tidak tahu untuk me­minta pertolongan siapa lagi. Saya sudah menghubungi semua pihak di Rhode Island dan tiada sesiapa boleh membantu saya,’’ katanya kepada stesen televisyen, NBC10.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pemuda-obes-8232-dihalau-dari-hospital-1.144432#sthash.e0TUpK1P.dpuf

Pelajar mampu hasilkan ‘tulisan komputer’


09 Oktober 2015 12:50 AM

Tulisan seorang pelajar Sekolah Menengah Hengshui yang dijadikan contoh kepada pelajar lain. AGENSI

Penulisan seorang pelajar yang mendapat gred B, ditegur oleh gurunya supaya menulis huruf "f" dan "g" dengan lebih baik. AGENSI 
BEIJING 8 Okt. – Sebuah sekolah menengah di China meraih populariti dalam kalangan pengguna Internet apabila pelajarnya menampilkan kemampuan menulis yang tidak ubah seperti tulisan komputer.
Menurut laporan portal Mail Online, pelajar di Sekolah Menengah Hengshui yang terletak di wilayah Hebei, tengah China, diarahkan untuk menulis tangan ketika kelas bahasa Inggeris dan perlu memastikan setiap huruf ditulis dengan bentuk yang sama.
Malah, pihak sekolah turut menitikberatkan soal tulisan berbanding kesalahan tatabahasa subjek berkenaan.
Beberapa keping gambar karangan bahasa Inggeris pelajar sekolah tersebut tersebar luas dalam laman sosial, menunjukkan kesalahan yang dibulatkan oleh guru kerana bentuk huruf yang ditulis tidak sama.
Selain itu, guru turut memberikan komen terhadap hasil kerja pelajarnya walaupun penulisan yang dihasilkan sangat mengagumkan.
Antara komen yang diberikan oleh guru terhadap penulisan pelajarnya di atas karangan yang ditulis adalah ‘memerlukan lebih banyak latihan’ dan ‘lebih baik’.
Seorang pelajar turut mendapat komen berbunyi ‘Tiada garisan terlebih atau terkurang’ bagi kesalahan menulis huruf terlalu pendek.
Sekolah Menengah Hengshui merupakan antara sekolah terbaik di China ke­rana mengamalkan sistem pembelajaran ala tentera dan mempunyai lebih 5,000 pelajar.
Sekolah itu juga terkenal kerana membantu pelajarnya untuk mencapai markah tertinggi pada setiap tahun dalam Peperiksaan Kemasukan Universiti.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/pelajar-mampu-hasilkan-8216-tulisan-komputer-8217-1.144428#sthash.OIuKKKcW.dpuf

Thursday, October 8, 2015

Budak 10 tahun bunuh buaya gergasi

Buaya seberat 362 kilogram dan berukuran 3.9 meter panjang yang
Add caption
Buaya seberat 362 kilogram dan berukuran 3.9 meter panjang yang berjaya dibunuh oleh Ella Hawk (kiri), mempunyai saiz tiga kali ganda lebih besar berbanding kanak-kanak itu. AGENSI
TEXAS 6 Okt. - Seorang kanak-kanak pe­rempuan berusia 10 tahun di Amerika Syarikat mempamerkan kemahirannya untuk membunuh seekor buaya besar seberat 362 kilogram dan sepanjang 3.9 meter hanya menggunakan anak panah.
Laporan portal Mail Online menyebut, kanak-kanak terbabit, Ella Hawk membunuh buaya gergasi itu di Sungai Guadalupe berdekatan Victoria, Texas pada 27 September lalu ketika memburu reptilia berkenaan bersama jurulatihnya, Ryan Longer.
Menurut Longer, dia berjaya mengumpan dan menarik buaya tersebut ke tebing sungai sebelum Hawk melepaskan anak panah yang mengenai mata reptilia itu, sekali gus menyebabkan haiwan itu mati.
Namun sebagai langkah keselamatan, Longer melepaskan dua lagi anak panah bagi memastikan buaya tersebut tidak lagi bernyawa.
Ryan Longer menyifatkan Hawk sebagai pakar memanah yang setaraf dengan watak hero, Robin Hood yang mempunyai kemahiran memanah dengan tepat.
“Hawk mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaannya berbanding lelaki dewasa yang biasa memburu buaya atau haiwan buas lain,” katanya.
Hasil pemburuan Hawk tersebut sangat besar sehingga boleh merangkul tempat pertama dalam cabaran Trophy Game Records of the World, sebuah pertandingan yang dikhaskan untuk pemburu haiwan eksotik.
Lebih mengagumkan, Hawk berada pada kedudukan terbaik untuk merangkul Anugerah Pemburu Tahunan Terbaik Dunia, gelaran yang dimenangi pada tahun lalu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/budak-10-tahun-bunuh-buaya-gergasi-1.143724#sthash.3lJ8Rd1B.dpuf

Jambatan kaca di China retak


BEIJING 7 Okt. – Sekumpulan pelancong China menjerit ketakutan semalam apabila satu panel di jamba­tan kaca yang baru dibuka sebagai tarikan pelancongan baharu, tiba-tiba retak pada ketinggian 1,078.9 meter.
Sekumpulan pelancong di jambatan kaca yang dibina di Henan, cemas apabila satu panel kaca retak dan pecah. Agensi
Seorang gadis berusia 20 tahun menyiarkan gambar yang didakwanya sebagai kaca yang retak dalam laman media sosial China, Weibo.
Laman web akhbar People’s Daily Online melaporkan, gadis yang di­kenali dengan nama pengguna ‘lidonghaishuohezainihaowodehai’ itu, berkongsi pengalaman buruk­nya selepas turun daripada jam­ba­tan tersebut yang terletak di wilayah Henan.
“Apabila saya hampir tiba di hujung laluan, saya dengar bunyi pecah tiba-tiba dan rasa gegaran di kaki saya.
“Ketika itu semua orang menjerit. Sangat menakutkan,’’ katanya.
Jambatan berbentuk U itu dibina di satu tebing menghadap Gunung Yuntai dan dibuka kepada orang awam pada 20 September lalu.
Pihak berkuasa mengesahkan kejadian terbabit dan bertindak menutup jambatan tersebut bagi me­lakukan kerja-kerja pembaikan.
Dalam pada itu, seorang jurucakap agensi Yuntai Mountain Scenic Spot berkata, panel kaca itu retak selepas seorang pelancong menjatuhkan cawan yang dibawanya.
“Bagaimanapun, hanya satu daripada tiga lapisan cermin laluan itu yang pecah, jadi tiada pelancong berada dalam bahaya,’’ katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jambatan-kaca-di-china-retak-1.144063#sthash.YCvUOhPL.dpuf

Bayi bermata di dahi

Ibu dipercayai terdedah kepada radiasi

Seorang bayi yang lahir dalam keadaan mata di dahi di Mesir baru-baru

SEORANG bayi yang lahir dalam keadaan mata di dahi di Mesir baru-baru ini. Agensi
KAHERAH 7 Okt. - Sepasukan doktor di sebuah hospital di sini, gempar selepas seorang ibu baru-baru ini melahirkan bayi lelaki yang mempunyai hanya satu mata di dahi.
Daily Mail melaporkan, ke­adaan itu berlaku disebabkan ibu bayi berkenaan terdedah kepada radiasi dan doktor meramalkan jangka hayat bayi itu tidak lama.
Selain hanya mempunyai satu mata, bayi tersebut yang lahir di sebuah hospital swasta di El Senbellawein, timur laut Mesir juga tidak mempunyai hidung serta lemah jantung.
Menurut portal tersebut, bayi tersebut menderita sejenis penya­kit luar biasa di panggil ‘cylopia’ yang jarang sekali berlaku dalam dunia perubatan.
Cylopia adalah sejenis penyakit digeruni kerana bahagian mata tidak tumbuh dengan sempurna, ka­dangkala hanya satu mata, ma­lah ada kes dua mata menjadi satu.
Menurut doktor yang menjaga bayi tersebut, Ahmed Badruddin, bayi malang itu tidak akan mampu hidup lama kerana sebahagian organ badannya tidak cukup sifat.
“Ini adalah penyakit kelahiran yang jarang sekali berlaku. Bayi yang dilahirkan tidak akan dapat hidup lama.
“Ibu bayi ini mungkin ter­kena radiasi atau telah mengambil ubat-ubatan yang bercampur aduk sehingga menyebabkan keadaan sebegini,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/bayi-bermata-di-dahi-1.144068#sthash.gIWyyeGt.dpuf

Monday, October 5, 2015

Guna kulit kepala untuk baiki hidung


Guna kulit kepala untuk baiki hidung

4 OKTOBER 2015
Guna kulit kepala untuk baiki hidung Bree Towner

ILLINOIS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pesakit terpaksa menggunakan sebahagian kulit kepalanya untuk menggantikan sebahagian hidungnya yang dibuang akibat kanser.

Menurut laporan Metro UK, Bree Towner, 28, dikesan menghidap kanser jenis 'basal cell carcinoma' tahun ini.

Towner kemudian menjalani beberapa pembedahan pada Mac untuk membuang kanser tersebut, termasuk memotong sebahagian besar hidungnya.

Kata Towner, kehilangan bahagian tersebut dan parut menyebabkan beliau hampir membunuh diri.

Baru-baru ini, duka Towner terubat setelah menjalani sebuah pembedahan yang menggunakan kulit kepalanya sebagai pengganti bahagian hidungnya yang terpaksa dibuang.

Towner mula mengalami simptom kanser selepas kehadiran sebuah benjolan pelik di bahagian hidung pada 2013.

Pemeriksaan kanser ketika itu menafikan beliau menghidap kanser, sehinggalah benjolan tersebut membesar tujuh bulan kemudian.

Bayi sembuh selepas kepala hampir putus


Bayi sembuh selepas kepala hampir putus

4 OKTOBER 2015
Bayi sembuh selepas kepala hampir putus Jackson Taylor ketika sedang dirawat di hospital.

BRISBANE - AUSTRALIA. Seorang bayi beransur sembuh selepas doktor menyambungkan kepalanya hampir putus akibat sebuah kemalangan baru-baru ini.

Laporan Inquisitr menyebut leher dan saraf Jackson Taylor, 16 bulan terputus (internal decapitation) dan kepalanya cuma bersambung melalui kulit.

Doktor kemudian menyambungkan leher Taylor dan memasang 'halo' di kepala bayi malang tersebut supaya saraf dan tisunya dapat sembuh.

Pembedahan tersebut digelar 'pembedahan ajaib' oleh pengamal perubatan di serata dunia.

Dr. Geoff Askin yang melakukan pembedahan tersebut menggunakan wayar dan sebahagian tulang rusuk Taylor untuk memperbaiki leher bayi tersebut.

Askin juga memberitahu, kecederaan Taylor adalah kecederaan paling teruk beliau pernah saksikan.

"Jumlah kanak-kanak yang mampu selamat dari kecederaan tersebut adalah sangat sedikit," kata Askin.

Katanya, walaupun mangsa kecederaan sebegitu berjaya dirawat, mangsa mungkin tidak akan berjaya bergerak atau bernafas.

Walau bagaimanapun, Taylor dikatakan bernasib baik kerana saraf penting di bahagiannya terputus dalam keadaan yang mampu dibaiki.

Keadaan Taylor yang masih bayi juga membantu penyembuhan kerana kanak-kanak mempunyai sistem penyembuhan yang lebih tinggi berbanding mereka yang lebih berumur.

Untungnya ramai ‘ibu’


Beijing: Seorang budak lelaki yang dibesarkan di dalam wad hospital di selatan China menyambut ulang tahun kelahirannya yang kelima minggu lalu bersama kakitangan pusat perubatan itu yang selama ini membantu membesarkannya.

Kanak-kanak dinamakan Junming oleh doktor hospital ditinggalkan di situ ketika baru dilahirkan.


People’s Daily Online melaporkan Junming yang menyambut hari jadinya pada 21 September lalu memanggil semua kakitangan sama ada jururawat atau doktor dengan panggilan ‘ibu.’

Walaupun ibu bapanya masih hidup malah berhubungan dengannya, mereka enggan menjaganya.

Ibunya Bu Yuhong mengalami komplikasi ketika bersalin dan Junming pula tidak bernafas atau mempunyai degupan jantung ketika dilahirkan.

Bagaimanapun, dia mula bernafas selepas doktor memberikan rawatan kecemasan selama lima minit.

Malangnya, ibunya mendakwa Junming menghidap palsi serebrum dan tidak mahu membawa anaknya pulang selain enggan membayar kos rawatannya.
- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:09 AM

JUNMING menyambut hari jadinya dengan ‘ibu’ dan ‘nenek’ di hospital.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82436#sthash.LoBDEw1N.dpuf

Nasib suami pendek


Riyadh: Seorang wanita membuktikan ketinggian amat penting dalam rumah tangga apabila dia memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya yang pendek.

Wanita berusia 20-an itu memberitahu pejabat kadi di Al-Qatif, bandar di Wilayah Timur, dia mahu bercerai daripada suaminya yang dikahwini tujuh bulan lalu atas alasan tidak tahan diejek dan tidak sanggup melihat orang ramai terkejut setiap kali melihat mereka berjalan bersama kerana si suami terlalu pendek berbanding dirinya.

Menurutnya, dia rasa terhina setiap kali melihat orang ramai memerhatikan dia dan suaminya, lapor akhbar tempatan Okaz.

Ketua pejabat kadi Sheikh Mohammad Al-Jirani berkata, kes itu adalah antara paling ganjil pernah dihadapi pejabat berkenaan.

Kebanyakan pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu dengan berkata, dia tidak sepatutnya menerima lamaran lelaki berkenaan sebelum mereka berkahwin.

Bagaimanapun, ada juga yang menyokong wanita itu dengan mendakwa dia mungkin menderita sepanjang hayat jika tidak bercerai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Oktober 2015 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82407#sthash.kx9KTLIq.dpuf

Sunday, October 4, 2015

Letak ibu di belakang supaya anak, isteri selesa


Letak ibu di belakang supaya anak, isteri selesa

3 OKTOBER 2015
Letak ibu di belakang supaya anak, isteri selesa Seorang ibu disuruh duduk di bahagian bonet

HUBEI - CHINA. Seorang ibu yang menghabiskan duit pencennya untuk membelikan sebuah kereta untuk anak lelaki disuruh duduk di bahagian belakang kereta tersebut.

Laporan Shanghaiist menyebut anak lelaki tersebut, Liu berbuat demikian supaya isteri dan anaknya boleh berehat dengan selesa.

Pihak berkuasa menahan Liu semasa beliau melalui sebuah pemeriksaan ketika dalam perjalanan dari Jiangxi ke Hubei.

Pihak polis kemudia berhasrat untuk menyaman Liu namun ibunya mempertahankan tindakan anaknnya itu dengan alasan beliau selesa di tempat itu.

Kisah tersebut yang viral dan menyebabkan majoriti pelayar laman sosial di China mengecam tindakan Liu yang digelar sebagai 'anak paling teruk'.

"Apa yang tidak kena dengan lelaki ini? Kenapa dia sanggup melayan ibunya macam tu?" kata seorang pelayar dari Chongqing.

"Nanti bila anak kamu dah besar, anak kamu juga akan buang kamu di situ," kata pelayar dari Beijing.

Saturday, October 3, 2015

Gembira jadi buta


Raleigh, Amerika Syarikat: Seorang wanita sanggup membutakan matanya sendiri kerana sejak kecil lagi dia bercita-cita untuk menjadi individu yang cacat penglihatan.

Jewel Shuping, 30, berkata, dia sangat gembira apabila menjadi buta selepas menitikkan cecair pencuci longkang dalam matanya pada 2006.


Keinginan Jewel menjadi buta yang melampau itu adalah akibat sejenis penyakit psikologi yang dikenali sebagai Gangguan Integriti dan Identiti Tubuh (BIID).

BIID ialah satu keadaan yang menyebabkan individu normal percaya mereka sebenarnya dilahirkan cacat atau kurang upaya.

Jewel memberitahu, dia mula memasang impian untuk menjadi individu buta sejak kecil lagi.

“Apabila berusia enam tahun, saya mula suka pada keadaan gelap kerana ia membuatkan saya selesa.

“Apabila meningkat remaja saya gemar memakai cermin mata hitam yang tebal dan pada usia 18 tahun saya membeli tongkat untuk orang buta,” katanya.

Pada usia 20 tahun, Jewel boleh membaca tulisan braille dengan lancar.

Apabila dewasa, keinginan Jewel untuk buta semakin memuncak dan pada 2006 dia berjumpa seorang pakar psikologi yang mahu membantunya.

Pakar psikologi itu meletakkan ubat bius sebelum menitis cecair pencuci longkang dalam matanya.

“Proses itu menyakitkan dan mata saya seolah-olah terbakar,” katanya.

Menurutnya, pada keesokan harinya dia bangun tidur dengan gembira, tetapi akhirnya kecewa apabila mendapati dia dapat melihat lagi.

Bagaimanapun, matanya perlahan-lahan rosak dan dia buta sepenuhnya enam bulan selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 5:18 AM

JEWEL bahagia kerana cita-citanya menjadi buta tercapai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/82041#sthash.aZo87bZL.dpuf

Friday, October 2, 2015

62 tahun simpan kuku


Agensi
New Delhi: Seorang lelaki yang tidak memotong kuku tangan kirinya selama 62 tahun diiktiraf sebagai individu yang mempunyai kuku paling panjang di dunia.

Shridhar Chillal, 72, berkata, dia tidak memotong kuku tangan kirinya sejak 1952 selepas dimarahi gurunya kerana mematahkan kuku lelaki itu.

“Saya bertanya kepada guru mengapa dia marahkan saya?

“Dia memberitahu, saya tidak memahami perasaannya kerana saya tidak membiarkan kuku saya panjang,” katanya.

Menurutnya, sejak itu dia tidak memotong kuku di tangan kirinya walaupun dia dimarahi keluarga, sukar mendapatkan pekerjaan dan mencari bakal isteri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 7:12 AM


WAKIL Buku Rekod Dunia Guinness menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Chillal.

Bayi dua lubang hidung dilahirkan di Peru


Chimbote (Peru): Seorang bayi lelaki yang mempunyai kecacatan genetik dilahirkan dengan dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya.

Selain kecacatan pada hidung, bayi yang dinamakan Baby Angelito itu dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah kesihatan yang lain.

Doktor pakar kanak-kanak, Jose Castillo berkata, bayi itu mengalami satu kecacatan genetik yang sangat jarang berlaku.

“Keadaan seperti ini hanya berlaku sekali dalam setiap 10 juta hingga 15 juta kelahiran.

“Bayi ini berada dalam keadaan sihat. Jantung dan sistem pernafasannya juga normal,” katanya.

Menurutnya, bayi itu kini dipindahkan ke hospital di Nuevo Chimbote untuk menjalani pemeriksaan.

Seorang lagi pakar kanak-kanak, Carlos Arrestegui Ramos memberitahu, bayi itu memerlukan pembedahan plastik untuk membetulkan hidungnya.

“Pemerhatian awal mendapati bayi ini sihat seperti bayi normal yang lain, tetapi kami perlu melakukan beberapa ujian untuk menentukan kesihatannya.

“Pembedahan plastik boleh membentuk semula hidung bayi ini,” jelasnya.

Datuk Bandar Nuevo Chimbote, Valentin Fernandez turut melawat bayi itu di hospital dan menghadiahkan lampin, susu dan wang kepada ibu bapanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 6:44 AM

KEADAAN Angelito yang dilahirkan dengan dua lubang hidung yang terkeluar dari mukanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81711#sthash.PXPcGZHC.dpuf

Satu keluarga bonceng motosikal


DUCHAN 1 Okt. - Gelagat tujuh orang daripada sebuah keluarga menaiki sebuah motosikal di Duchan, China menjadi viral dan menggemparkan pengguna laman sosial di Internet, sekali gus menerima pelbagai kritikan, semalam.
Tujuh orang sekeluarga menunggang sebuah motosikal di China menjadi viral dan popular di Internet. - Agensi
Kesemua tujuh orang pembonceng termasuk seorang penunggang motosikal itu dikesan menaiki sebuah motosikal itu ketika me­reka dalam perjalanan ke pusat ban­dar di wilayah Jiangxi, China, lapor Mail Online yang memetik portal berita, People Daily Online.
Beberapa keping gambar yang dirakam menunjukkan seorang pe­nunggang wanita duduk di tengah-tengah, manakala lima orang kanak-kanak dan seorang wanita warga tua duduk berhimpit-himpit di hadapan dan belakang, selain berpaut antara satu sama lain, lapor People Daily Online.
Keluarga itu dilaporkan sedang dalam perjalanan dari sebuah per­kam­pungan terpencil ke sebuah ban­dar di wilayah Jiangxi pada 27 September lalu.
Lebih mengejutkan lagi apabila ada beberapa gambar yang dimuat naik di Internet itu menunjukkan seorang kanak-kanak yang paling kecil duduk antara hendal motosikal, manakala seorang kanak-kanak lagi duduk di atas riba penunggang motosikal berkenaan.
Di belakang penunggang itu, pu­la membonceng dua kanak-kanak, seorang nenek dan seorang remaja pe­rempuan. Bagaimanapun indentiti keluarga tersebut masih tidak diketahui.
Sebahagian pengguna Internet yang menyaksikan gambar keluarga tersebut menyamakan kejadian luar biasa itu seperti aksi pertunjukan sarkas, manakala sebahagian pengguna lagi mengkritik penunggang motosikal itu yang meletakkan ahli keluarganya dalam bahaya.
Komuniti dalam talian di China, bagaimanapun kagum dengan gambar-gambar yang dipaparkan dan menyamakan perjalanan keluarga itu dengan satu persembahan sarkas yang menghiburkan.
Seorang pengguna Internet ber­kata; “Aksi itu merupakan satu bakat.”
Namun, seorang pengguna lain mengkritik: “Jika anda mahu mati, tinggalkan anak-anak di rumah!”
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/satu-keluarga-bonceng-motosikal-1.141873#sthash.Dw9QPAyA.dpuf