Ahli perniagaan itu, Ben Elliot-Scott, memperkenalkan bilik salji kepada mereka ekoran kebanyakan daripada 2.4 juta penduduk Dubai tidak pernah melihat salji berikutan cuaca di Teluk tidak pernah turun daripada 24 darjah Celcius.
Peningkatan populariti bilik ber­kenaan juga berlaku selepas pe­nayangan filem animasi Frozen dan Desert Snow.
Elliot-Scott, 37 dari Bath, So­merset berkata, dia mengenakan caj sehingga 180,000 pound (RM1.164 juta) untuk membina bilik salji di kediaman pelanggannya yang kebiasaannya digunakan sebagai lokasi parti lengkap dengan hiasan orang salji.
Dia mampu menghasilkan 1,000 kubik meter ais dalam tempoh 24 jam menggunakan air, udara, dan nitrogen.
“Perkara paling menggembirakan dalam apa yang kami lakukan adalah kegembiraan kepada mereka yang buat pertama melihat salji,’’ katanya seperti lapor Mail Online.
Jelas Elliot-Scott, pelanggannya terdiri daripada pegawai eksekutif yang tinggal di kawasan mewah seperti di Emirates Hills.
“Kebanyakan parti ini diadakan di kediaman seperti vila yang mempunyai laman,’’ katanya.
Elliot-Scott berkata, syarikatnya juga baru menyiapkan dua bilik salji untuk pelanggan dengan kos bermula pada 71,000 pound (RM459,731).