Add caption |
Buaya seberat 362 kilogram dan berukuran 3.9 meter panjang yang berjaya dibunuh oleh Ella Hawk (kiri), mempunyai saiz tiga kali ganda lebih besar berbanding kanak-kanak itu. AGENSI
TEXAS 6 Okt. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di Amerika Syarikat mempamerkan kemahirannya untuk membunuh seekor buaya besar seberat 362 kilogram dan sepanjang 3.9 meter hanya menggunakan anak panah.
Laporan portal Mail Online menyebut, kanak-kanak terbabit, Ella Hawk membunuh buaya gergasi itu di Sungai Guadalupe berdekatan Victoria, Texas pada 27 September lalu ketika memburu reptilia berkenaan bersama jurulatihnya, Ryan Longer.
Menurut Longer, dia berjaya mengumpan dan menarik buaya tersebut ke tebing sungai sebelum Hawk melepaskan anak panah yang mengenai mata reptilia itu, sekali gus menyebabkan haiwan itu mati.
Namun sebagai langkah keselamatan, Longer melepaskan dua lagi anak panah bagi memastikan buaya tersebut tidak lagi bernyawa.
Ryan Longer menyifatkan Hawk sebagai pakar memanah yang setaraf dengan watak hero, Robin Hood yang mempunyai kemahiran memanah dengan tepat.
“Hawk mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaannya berbanding lelaki dewasa yang biasa memburu buaya atau haiwan buas lain,” katanya.
Hasil pemburuan Hawk tersebut sangat besar sehingga boleh merangkul tempat pertama dalam cabaran Trophy Game Records of the World, sebuah pertandingan yang dikhaskan untuk pemburu haiwan eksotik.
Lebih mengagumkan, Hawk berada pada kedudukan terbaik untuk merangkul Anugerah Pemburu Tahunan Terbaik Dunia, gelaran yang dimenangi pada tahun lalu.
No comments:
Post a Comment