Pages

Thursday, July 5, 2012

Desak batalkan Perjanjian Oslo


Penduduk Palestin mengambil bahagian dalam satu bantahan di bandar Tebing Barat, Ramallah kelmarin bagi mendesak penamatan Perjanjian Oslo yang bertujuan untuk mengekalkan keamanan dengan Isreal. - REUTERS
RAMALLAH , Palestin 4 Julai - Beratus-ratus penunjuk perasaan berarak ke pejabat Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam bagi membantah hubungan diplomatik dengan Israel dan mengutuk kekejaman polis pada perhimpunan sebelum ini.
Sambil melaung-laungkan supaya Perjanjian Oslo yang mendorong kepada keamanan dengan Israel ditamatkan, peserta tunjuk perasaan yang memegang bendera juga memasuki pusat bandar Ramallah yang sesak di bawah pengawasan pihak keselamatan berpakaian awam.
Kumpulan keselamatan pada Ahad lalu, bertindak menghalang sekumpulan kecil penunjuk perasaan cuba menghampiri pejabat Abbas di kawasan jajahan Tebing Barat selain memukul beberapa wartawan yang membuat liputan peristiwa tersebut.
Bagaimanapun menurut sumber kerajaan semalam, polis diarahkan untuk membenarkan penunjuk perasaan menyampaikan mesej mereka ke dinding batu di kawasan Abbas.
''Jalan ini dibuka untuk kita hari ini dan ia merupakan keputusan politik. Mereka sedar bahawa keganasan sebelum ini menyebabkan mereka kelihatan agak buruk,'' kata Ali Nakhle, pelajar yang turut serta bersama kira-kira 400 peserta lain, rata-rata golongan muda.
Walaupun tidak ada slogan yang ditujukan khusus kepada Abbas sendiri, penunjuk perasaan memberi tindak balas terhadap pengumuman baru-baru ini bahawa presiden Palestin sudah bersedia untuk bertemu dengan Naib Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz.
Pertemuan yang dirancang akan menjadi mesyuarat peringkat tertinggi di antara kedua-dua pihak sejak rundingan damai pada tahun 2010 gagal.
Bagaimanapun, ia terpaksa dibatalkan setelah reaksi penduduk awam Palestin yang membantah keputusan itu. - REUTERS

No comments: