Pages

Thursday, July 5, 2012

Syak anak lari ke Lombok

Syak anak lari ke Lombok
Aryanti menunjukkan laporan polis dan gambar anaknya yang dipercayai lari mengikut kekasih ke Lombok.
KUALA LUMPUR - Ibu kepada seorang remaja berusia 13 tahun yang menghilangkan diri sejak 20 Jun lalu mengesyaki anak gadisnya itu mengikut teman lelaki pulang ke Lombok, Indonesia. Noor Aryanti Abu, 36, berkata, anaknya   membuat lebih dari 40 panggilan dan menghantar 17 khidmat pesanan ringkas kepada lelaki itu, pada hari sama dia hilang.

Menurutnya, dia mendapat maklumat panggilan itu menerusi data panggilan daripada syarikat telekomunikasi nombor digunakan oleh anaknya, Nur Sahira Mat Radzi, 13, yang didaftarkan atas namanya.

“Saya dapati, terdapat satu nombor kerap dihubungi pada hari dia hilang,.

"Saya hubungi semua nombor yang ada kecuali satu nombor kerap dihubungi itu, di mana saya serahkan kepada pihak polis,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Aryanti berkata, Sahira sebelum ini pernah hilang dari rumah ketika November 2011, Januari 2012, dan terakhir pada April lalu, namun pulang seperti biasa tidak lama kemudian.

Dia melaporkan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Ampang pada 25 Jun lalu. “Saya bimbang Sahira akan dibawa ke Lombok. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya nanti,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai maklumat, boleh menghubungi Aryanti atau suaminya, Mat Radzi Hamzah di talian 016-2914998.Syak anak lari ke Lombok - Selangor & KL - Sinar Harian:

No comments: