Pages

Thursday, July 5, 2012

Krisis Syria: Barat cuba putar belit

Krisis Syria: Barat cuba putar belit
Pelan peralihan PBB itu didakwa bertujuan menamatkan pergolakan di Syria.
MOSCOW - Rusia, kelmarin menuduh Barat cuba memutar-belitkan perjanjian berhubung rancangan pelan peralihan di Syria yang bertujuan untuk menghentikan konflik di negara itu.
Kenyataan lantang tersebut dikeluarkan selepas Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Liga Arab, Kofi Annan menegaskan gencatan senjata di Syria juga amat penting untuk dilaksanakan bersama pelan peralihan itu, selepas menerima cadangan  daripada sebuah negara Barat.
Dalam satu kenyataan, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, beliau bersetuju dengan pelan dibentangkan di Geneva pada Sabtu lalu tetapi negara Barat lebih suka menyuarakan pendapat masing-masing.
Lavrov melihat tindakan itu akan menyebabkan pelan peralihan tersebut, mungkin terpaksa diubah semula.
"Pelan peralihan itu tidak boleh diubah sewenang- wenangnya berdasarkan pendapat sendiri. Kita sepatutnya mengikut apa yang telah dipersetujui," katanya.
Sementara itu, agensi berita di Mesir melaporkan wakil pembangkang Syria yang menyertai rundingan bersama Rusia sebulat suara menegaskan pergolakan politik di negara tersebut boleh diselesaikan dengan pengunduran Presiden Bashar al-Assad.
Mereka turut menuntut pasukan keselamatan Assad menghentikan pembunuhan ke atas orang awam dan membebaskan tahanan antikerajaan.
Angka korban keganasan di negara itu kini mencecah lebih 16,000 orang.

No comments: