AL-MUFAQARA: Rancangan Israel untuk mengusir 12 komuniti penggembala di Tebing Barat untuk membolehkan pembinaan zon latihan tentera dikecam oleh Perdana Menteri Palestin, semalam.
Salam Fayyad menyifatkannya sebagai langkah rejim Zionis untuk mengecilkan jumlah penduduk di kawasan Palestin.
Israel sudah menandakan kawasan di selatan bandar Hebron itu sebagai zon tertutup tentera dan meminta kelulusan Mahkamah Agung untuk memindahkan penduduknya ke Yatta, kampung berhampiran.
Kementerian Pertahanan Israel mendakwa sebahagian besar penggembala itu mempunyai kediaman tetap di kampung berkenaan. Bagaimanapun, penduduk Palestin berkata, Israel mahu mengusir mereka dari kawasan itu untuk membolehkan ia meluaskan penempatan Yahudi berhampiran.
Aktivis berhaluan kanan berkata, mahkamah belum menetapkan tarikh untuk membicarakan kes berkenaan.
“Langkah itu bertujuan memindahkan penduduk Palestin dari tanah mereka. Tidak ada alasan lain.
“Pada prinsipnya, ini bukan tanah Israel. Jika mereka mahu menjalankan latihan tentera, pergi ke tempat lain,” kata Salam ketika melawat Al-Mufaqara, satu daripada 12 komuniti terbabit, tempat kira-kira 1,500 orang menetap di atas tanah seluas 3,.035 hektar.
“Kami tinggal satu kilometer dari penempatan Yahudi. Tetapi mengapa mereka tidak dipindahkan.
“Kami menerima arahan roboh yang pertama sebaik saja penempatan itu dibina pada 1985,” kata seorang penduduk, Mahmoud Hamamdeh.
Persatuan hak asasi di Israel berkata, 12 komuniti penggembala itu diancam diusir sejak 1999 lagi. - AFP
No comments:
Post a Comment