Pages

Friday, August 10, 2012

Penunjuk perasaan gesa duta Myanmar diusir dari Indonesia




         
JAKARTA: Kira-kira 100 orang membuat bantahan di hadapan Kedutaan Myanmar di ibu negara Indonesia, semalam.

Mereka meminta duta Myanmar dihalau keluar kerana tindakan negara itu menganiayai penduduk Islam Rohingya.
Penunjuk perasaan mengenakan ikat kepala berwana putih yang bertulis, “Selamatkan Rohingya” dalam warna merah dan membawa sepanduk bertulis “Hentikan Keganasan.”

Bantahan itu dianjurkan oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Pertubuhan Solidariti Rohingya dan dalam kenyataan akhbar yang diedarkan, meminta kerajaan Myanmar mengiktiraf Rohingya sebagai rakyat negara itu.


Seorang lelaki menggunakan pembesar suara menjerit, “Kami menyeru negara mempunyai penduduk Islam, terutama Indonesia, mengambil tindakan tegas dan proaktif untuk menghentikan kesengsaraan penduduk Rohingya.” - Jakarta Post

No comments: