Pages

Friday, August 10, 2012

Tiada tebusan Iran terbunuh di Syria




         
DUBAI: Semua warga Iran yang diculik oleh pemberontak Syria minggu lalu masih hidup dan sihat, kata seorang pegawai kementerian luar negara itu.

Ia bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan kumpulan yang menahan warga Iran itu.


Mereka mendakwa tiga tahanan itu mati dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Syria.

Pemberontak yang melancarkan peperangan menentang kerajaan Presiden Bashar al-Assad menculik 48 warga Iran di Damsyik pada 4 Ogos lalu dan mendakwa mereka pegawai tentera.


Iran, sekutu kuat Bashar pula berkata, mereka berada di ibu negara Syria itu untuk satu majlis keagamaan.


Isnin lalu, pemberontak berkata, serangan udara yang dilakukan kerajaan di Damsyik mengorbankan tiga tebusan Iran itu dan mereka mengancam membunuh baki tahanan kecuali tentera Syria berhenti menyerang. - AFP

No comments: