Pages

Friday, August 10, 2012

78 maut dalam pertempuran di Syria



BEIRUT 10 Ogos - Sekurang-kurangnya 78 orang dilaporkan terbunuh, kebanyakannya akibat terkena serangan meriam dan tembakan senjata api, dalam pertempuran yang berlaku di seluruh Syria semalam.
Kumpulan aktivis Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang beribu pejabat di Britain berkata, mangsa yang maut merupakan 35 orang awam, 25 tentera kerajaan dan 18 pemberontak.
Dua komander Tentera Pembebasan Syria (FSA) antara yang terkorban dalam pertempuran di Salaheddin, ketika kumpulan pemberontak terbabit berundur dari bandar utama Aleppo itu semalam. - AFP

No comments: