Pages

Saturday, August 4, 2012

Bangladesh arah NGO henti bantuan kepada Rohingya



Bangladesh arah NGO henti bantuan kepada Rohingya
Bangladesh menganggap puluhan ribu penduduk Islam Rohingya sebagai pelarian kerana tidak mempunyai dokumen sah.
DHAKA - Tiga agensi bantuan antarabangsa di Bangladesh diarah berhenti memberi bantuan kepada pelarian Rohingya Islam dari negara jiran  Myanmar kerana pihak berkenaan didakwa beroperasi di luar mandat pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa negara itu, pekerja bantuan yang terlalu ramai memburukkan keadaan di kem-kem sepanjang di sempadan.

Beribu-ribu melarikan diri dari keganasan kaum di negeri Rakhine Myanmar sejak Mei lepas.

Bantuan Agensi Doktor Perancis Tanpa Sempadan dan Tindakan Kelaparan dan Agensi British Muslim adalah mereka yang tertakluk kepada perintah berkenaan.

Badan amal berkenaan menyediakan penjagaan kesihatan, makanan dan air kepada beribu-ribu pelarian di daerah Cox Bazar Bangladesh, lapor BBC semalam.

Bangladesh mengiktiraf hanya 29,000 sebagai pelarian, manakala jumlah mereka yang telah memasuki sempadan dianggarkan sejumlah 300,000 orang .

Beratus-ratus telah diarah berpatah balik di sempadan oleh pihak berkuasa Bangladesh.

PBB menggambarkan Rohingya  sebagai kaum  minoriti ditindas.

Keadaan darurat telah diisytiharkan di Rakhine Jun lalu selepas pertempuran masyarakat antara Buddha dan Muslim.
Keganasan semakin menjadi-jadi selepas kejadian rogol dan pembunuhan wanita Buddha Mei lalu, diikuti oleh serangan ke atas bas yang membawa umat Islam.
Pergolakan perkauman berterusan membabitkan etnik Islam dan penganut agama Buddha.
Bagaimanapun, Myanmar menafikan pasukan keselamatan yang melakukan penindasan hak asasi manusia di Rakhine.

No comments: