Pages

Saturday, August 4, 2012

Selatan Thai mungkin dikenakan perintah berkurung




         
BANGKOK: Pihak berkuasa bercadang mengenakan perintah berkurung di selatan Thailand untuk mengurangkan keganasan kerana bimbang kesannya terhadap ekonomi wilayah itu.

Menteri Pertahanan, Sukumpol Sawanatat berkata, Pusat Operasi Keselamatan Dalaman telah ditugaskan untuk mengenal pasti kawasan tertentu yang akan dikenakan tindakan perintah berkurung, dengan bantuan Batalion Tentera Wilayah ke-4.
Sukumpol berkata, rancangan perintah berkurung itu dijangka akan dibentangkan kepada kabinet untuk pertimbangan sebelum dilaksanakan, mungkin selepas bulan Ramadan.

Cadangan itu dibuat selepas beberapa serangan oleh kumpulan pemisah Islam di wilayah selatan sejak dua minggu lalu, termasuk serangan bom kereta dekat sebuah hotel di Pattani, Selasa lalu. - Bangkok Post

No comments: