Pages

Saturday, August 4, 2012

Berita Harian | Masalah deria punca paus terdampar mati

Operasi memindahkan ikan paus yang terdampar oleh Jabatan Perikanan di muara Sungai Sitompok, Kuala Penyu, petang semalam.Operasi memindahkan ikan paus yang terdampar oleh Jabatan Perikanan di muara Sungai Sitompok, Kuala Penyu, petang semalam.
Kota Kinabalu: Paus seberat 10 tan yang terdampar lebih 12 jam di pantai Sungai Sitompok, Kuala Penyu dekat sini, mati malam kelmarin, dipercayai kerana mengalami masalah deria. 

Pegawai perikanan daerah Kuala Penyu, Julin Bagang, berkata paus jenis Baleen sepanjang 17 meter itu dipercayai tertekan apabila terpisah daripada kumpulannya di luar habitat semula jadi mereka. 
“Daripada pengamatan saya, deria paus itu tidak berfungsi dan menjejaskan sistem tubuhnya,” katanya ketika dihubungi, semalam. 

Ikan gergasi itu didapati terdampar di pantai berkenaan oleh seorang pekerja di Taman Pulau Tiga, jam 9 pagi kelmarin. Bagaimanapun, mamalia itu mati pada jam 8 malam. 

Julin berkata, mereka cuba menyelamatkan ikan itu, termasuk mengepam air laut bagi menyimbah tubuhnya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

“Kami tak ada kepakaran dan kemahiran untuk menyelamatkan ikan paus,” katanya. 

Julin berkata, kontraktor dilantik mengalihkan bangkai ikan itu dan menanamnya di tempat khas di Kuala Penyu. - BERNAMA

No comments: