Pages

Monday, July 16, 2012

Syria nafi tentera guna senjata berat

DAMSYIK: Syria semalam menafikan dakwaan PBB yang menuduhnya menggunakan senjata berat dalam operasi ketenteraannya.
Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi, berkata keganasan pada Khamis lalu bukan pembunuhan beramai-ramai, sebaliknya operasi yang disasarkan ke atas pejuang bersenjata yang menguasai penempatan Tremseh. “Apa yang berlaku bukanlah serangan ke atas orang awam dan dakwaan penggunaan senjata berat tidak berasas,” katanya. Namun, PBB mengaitkan insiden itu dengan Presiden Bashar al-Assad, apabila pemantau yang ditempatkan berhampiran Tremseh melihat tentera negara itu menggunakan senjata berat dan helikopter menyerang kawasan berkenaan. - AP

No comments: