Pages

Monday, July 16, 2012

Lagi pembunuhan beramai-ramai di Syria

DAMSYIK - Lebih 200 terkorban dalam serangan ganas yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan

Presiden Bashar al-Assad di Kampung Traimseh, Wilayah Hama, menurut aktivis, kelmarin. Menurut laporan Majlis Revolusi Hama, beberapa kereta kebal dan helikopter membedil kampung itu bertalu-talu pada jarak dekat sehingga memusnahkan seluruh rumah penduduk.

Stesen televisyen melaporkan Assad sekali lagi menuduh kumpulan pengganas bersenjata sebagai dalang serangan tersebut.

Pada 25 Mei lalu, lebih 100 terbunuh termasuk 49 kanak-kanak dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Houla yang dipercayai angkara perbuatan kejam kumpulan shabiha (penyokong kuat Assad).

No comments: