Pages

Monday, July 16, 2012

Syria nafi laku pembunuhan besar-besaran di Treimsa


GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan seorang budak berjalan dekat sebuah rumah yang mempunyai kesan bedilan di Kampung Treimsa.


DAMSYIK - Syria menafikan tenteranya melakukan pembunuhan besar-besaran di Kampung Treimsa ketika kumpulan pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kembali ke kampung itu semalam untuk membuat penyiasatan.
Beberapa aktivis menyatakan lebih 150 orang maut di kampung tersebut, tengah Syria.
Jika disahkan ia akan merupakan salah satu kejadian yang melibatkan pembunuhan paling ramai sejak kebangkitan rakyat bermula 16 bulan lalu.
Tentera Syria menyatakan hanya 37 lelaki bersenjata dan dua orang awam terbunuh.
Utusan Khas Keamanan PBB/Liga Arab, Kofi Annan dan Setiausaha Agung PBB, ban Ki-moon akan mendesak Rusia dan China untuk menyertai tindak balas terhadap rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad ekoran kejadian tersebut.
Pembunuhan itu berlaku pada Khamis lalu.
Sementara itu, Iran menyatakan persetujuan untuk menjadi orang tengah antara pemerintah Syria dengan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.
"Iran bersedia untuk mengundang pemberontak Syria ke Teheran untuk berunding dan juga bersedia untuk berbincang dengan mereka dan pemerintah Syria," kata Menteri Luar Iran, Ali-Akbar Salehi.
Lebih 17,000 orang dilaporkan terbunuh sejak pemberontakan berlaku di Syria. - Agensi

No comments: