Pages

Monday, July 16, 2012

Syria perlu kena tindakan tegas

Syria perlu kena tindakan tegas - Global - Sinar Harian: "NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kelmarin menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil tindakantegas ke atas Syria, sehari selepas aktivis melaporkan kejadian pembunuhan beramai-ramai berlaku lagi di sebuah kampung di wilayah Hama.

Ban Ki-moon berkata, jika Majlis Keselamatan PBB gagal mengambil tindakan, ia akan memberi 'lesen' kepada Presiden Bashar al-Assad untuk terus melakukan pembunuhan ke atas  rakyat yang tidak berdosa, kelak.

Aktivis melaporkan lebih 200 terkorban dalam serangan ganas yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan Presiden Bashar al-Assad di Kampung Traimseh, Wilayah Hama, Khamis lalu.

Difahamkan, angka korban sebenar tidak dapat disahkan berikutan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa terhadap media antarabangsa."

'via Blog this'

No comments: