Pages

Monday, July 16, 2012

Letupan bom bunuh ahli politik wanita Afghan -

Letupan bom bunuh ahli politik wanita Afghan
Hanifa Safi
KABUL - Seorang ahli politik Afghanistan yang terkemuka terbunuh dalam tragedi letupan bom di sebelah timur negara itu, semalam.

Hanifa Safi yang terkenal dengan perjuangan kaum wanita meninggal dunia selepas bom yang diletakkan pada keretanya meletup.

Bom meletup ketika beliau,  ketua wilayah Kementerian Hal Ehwal Wanita Afghanistan, bagi wilayah itu, sedang memandu di bandar Mehtar Kam.

Suami dan anak perempuannya turut cedera.

"Letupan meragut nyawa beliau manakala suaminya koma," kata jurucakap gabenor wilayah Laghman, Sarhadi Zwak.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.

Bagaimanapun puak Taliban dikatakan mengadakan siri serangan menembak dan letupan bom sejak kebelakangan ini.

Taliban digulingkan menerusi tindakan ketenteraan diketuai Amerika Syarikat pada 2001.

Serangan terbaru ini muncul kira-kira seminggu selepas tersebarnya satu rakaman video menunjukkan seorang wanita yang melarikan diri daripada suaminya ditembak mati.
Pada 2006, Safia Ama Jan yang mengetuai Jabatan Hal Ehwal Wanita Kandahar ditembak mati oleh penyerang Taliban.

No comments: