Pages

Friday, July 27, 2012

Saudi minat senjata nuklear Pakistan


JEDDAH: Satu laporan mendedahkan pegawai Arab Saudi berusaha untuk mencapai persetujuan dengan Pakistan bagi membeli senjata nuklear dari negara itu.
Memetik mesyuarat antara Raja Abdullah dari Arab Saudi dan Perdana Menteri Pakistan, Raja Pervez Ashraf di Jeddah baru-baru ini, agensi berita United Press International (UPI) berkata, ia meningkatkan spekulasi bahawa Riyadh cuba menandatangani perjanjian dengan Islamabad untuk mendapatkan senjata nuklear.

Mesyuarat itu berlangsung ketika Riyadh mula menghantar pasukan khas tenteranya untuk menjalani latihan di Pakistan.
“Langkah mengejut Abdullah pada 19 Julai lalu untuk melantik Putera Bandar bin Sultan, bekas duta negara itu ke Washington dan veteran dalam menguruskan dasar keselamatan sulitnya.

Menurutnya, Bandar memainkan peranan penting dalam melengkapkan pejuang Afghanistan dengan senjata sepanjang pencerobohan tentera Soviet pada 1979 hingga 1988 menerusi perkhidmatan perisikan Pakistan.

“Sejak dulu lagi Saudi dipercayai membiayai program nuklear Pakistan pada 1970-an dan 80-an dan kini mahu balasan dalam bentuk senjata nuklear yang sudah siap dan dibayar dengan bantuan kewangan besar-besaran kepada Islamabad,” lapor UPI.
Menulis dalam majalah The American Interest, bekas Penasihat Dasar Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengenai Asia Selatan dan Asia Barat, Christoper Clary berkata: “Pakistan dan Arab Saudi mungkin mendapati kerjasama tentera dan nuklear yang diperbaharu sebagai cara terbaik untuk memenuhi kepentingan masing-masing.

“Ketika Amerika Syarikat mengkaji peranan tenteranya di Asia Selatan dan Asia Barat dalam konteks mengundurkan askar dari Iraq dan Afghanistan, ia perlu melihat mengenai kemungkinan hubungan nuklear antara Saudi dengan Pakistan.” - Agensi

No comments: