Pages

Friday, July 27, 2012

Pemberontak kuasai separuh bandar Aleppo



BEIRUT 26 Julai - Pemberontak Syria mendakwa mereka berjaya menguasai separuh daripada bandar Aleppo, namun menghadapi serangan kuat daripada tentera pimpinan Presiden, Bashar al-Assad.
Komander Tentera Pembebasan Syria (FSA), Abu Omar al-Halabi berkata, pejuang-pejuangnya kini menguasai 50 peratus daripada bandar itu.
''FSA berjaya menangkis sekurang-kurangnya dua serangan tentera kerajaan.
''Jet pejuang kerajaan melancarkan serangan bom sejak awal pagi ini di Salaheddine dan Mashaad, luar bandar Aleppo bagi menghalang pasukan sokongan pemberontak,'' katanya ketika dihubungi dpa.
Badan Pemantau Hak Asasi Syria berkata, pertempuran sengit berlaku antara tentera kerajaan dan FSA di daerah al-Muhafaza, Aleppo.
Seorang pegawai FSA, Kolonel Abdel Jabbar al-Oqaidi berkata, sejumlah besar tentera telah dipindahkan dari wilayah Idlib ke Aleppo.
''Beratus-ratus pemberontak dari seluruh utara Syria akan tiba di Aleppo,'' katanya.
Aktivis berkata, pertempuran turut berlaku di kem pelarian Palestin, Yarmouk di Damsyik ketika tentera kerajaan cuba mengusir saki-baki pemberontak dari ibu negara Syria. - dpa/AFP
''Ia bermula pada kira-kira pukul 7 pagi ini. Mereka menggunakan bom tangan berpelancar roket dan mesingan,'' kata seorang penduduk di kem tersebut.
Aktivis berkata, selepas seminggu pertempuran sengit di Damsyik, tentera Assad menguasai kembali sebahagian besar ibu negara ini. - DPA/AFP

No comments: