26 Julai 2012
AURORA - Jumlah permohonan untuk membeli senjata api di Colorado telah meningkat sejak minggu lalu susulan tragedy serangan di sebuah pawagam Aurora.
Dalam tempoh tiga hari selepas kejadian itu, permohonan untuk pemeriksaan latar belakang diperlukan untuk pembelian senjata api meningkat kepada 43 peratus.
Kejadian tembakan semasa tayangan filem Batman telah menyebabkan 12 maut dan 58 lagi tercedera.
Suspek yang bersenjata muncul di mahkamah pada Isnin lalu.
James Holmes, 24, dituduh membaling dua gas pemedih mata semasa tayangan tengah malam Batman The Dark Knight Rises sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah penonton.
Menurut data Biro Siasatan Colorado, 880 orang yang telah memohon untuk pemeriksaan latar belakang telah diluluskan oleh kerajaan negeri pada 13 Julai lalu, hari sebelum kejadian itu berlaku.
Pada Jumaat, 29 Julai hari berikutan temabakan itu, jumlahnya mencecah 1,216 dan pada Sabtu ialah 1,243.
Kesemuanya sebanyak 2,887 permohonan telah diluluskan sepanjang tempoh seminggu itu dan meningkat 43.5 peratus berbanding seminggu sebelum itu, kata biro tersebut.
Namun begitu, biro tersebut tidak dapat mengesahkan berapa ramai yang membeli senjata selepas tempoh itu, tetapi dilaporkan ada peningkatan dalam penjualan senjata api.
Dick Ruta, pemilik Den Gunners di bandar Colorado Arvada berkata, jualannya melebihi daripada hari biasa.
"Apa yang mereka katakan, mereka mahu peluang (mempertahankan diri)," katanya kepada Pos Denver.
"Mereka nak keupayaan lindungi diri dan keluarga mereka jika berada dalam keadaan seperti belaku dalam teater baru-baru ini," katanya.
Pekerja kedai Baker, Jake Meyers berkata, setiap hari hampir 20 pelanggan menunggu untuk mendapatkan senjata api.
No comments:
Post a Comment