BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semalam menggesa kuasa besar dunia menyegerakan usaha menyekat program nuklear Iran serta-merta.
Dia memberi amaran, keadaan akan menjadi lebih sukar apabila Teheran berjaya menghasilkan senjata atom.
Media Israel mentaktrifkan kenyataan Barak itu sebagai gesaan untuk Israel melancarkan serangan terhadap Iran.
Amerika Syarikat, Israel dan Barat menuduh projek nuklear Iran itu sebagai usaha untuk menghasilkan senjata atom.
Amerika Syarikat, Israel dan Barat menuduh projek nuklear Iran itu sebagai usaha untuk menghasilkan senjata atom.
Iran menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata, program itu bertujuan untuk keamanan semata-mata.
“Saya amat sedar dan tahu secara mendalam kesukaran dan kerumitan dalam usaha menghalang Iran daripada memperoleh senjata nuklear.
“Bagaimanapun, adalah jelas bahawa keadaan akan menjadi lebih sukar dan lebih berbahaya, lebih-lebih lagi dari segi nyawa manusia dan sumber sekiranya Iran sudah berjaya memperoleh senjata itu.
“Inilah masanya bagi seluruh dunia untuk bersedia bertindak bersama-sama, bersatu bagi menghentikan segera projek nuklear Iran,” kata Menteri Pertahanan Israel itu pada satu majlis tamat latihan pegawai keselamatan.
Portal berita Internet Israel, Ynet memetik seorang pegawai kanan yang namanya tidak dinyatakan sebagai berkata, kenyataan Barak boleh disifatkan sebagai cubaan bersungguh-sungguhnya untuk mendesak Israel menyerang Iran.
Media Israel sebelum ini berkata, Kabinet Israel sudah menimbang sama ada untuk melancarkan serangan itu dalam masa beberapa minggu lalu. - AFP
No comments:
Post a Comment