Pages

Friday, July 27, 2012

Program nuklear Teheran diserang cecacing baru


HELSINKI: Seorang saintis yang mendakwa bekerja dengan Pertubuhan Tenaga Atom Iran semalam memberitahu kumpulan keselamatan siber Finland bahawa program nuklear Teheran menjadi mangsa serangan baru siber.
Mikko Hypponen, ketua syarikat Finland, F-Secure berkata, beliau menerima beberapa e-mel dari Iran hujung minggu lalu.

“Apa yang kami boleh sahkan ialah e-mel itu datang dari Pertubuhan Tenaga Atom Iran. Kami tidak dapat pastikan sama ada ia benar atau tidak,” katanya.
Menurut Hypponen, saintis itu mendakwa program nuklear Iran diserang cecacing baru yang menjejaskan rangkaian komputer dan peralatan menggodam yang dikenali sebagai Metasploit digunakan.

“Katanya, kakitangan teknologi maklumat menghantar e-mel dalaman, menjelaskan bahawa berlaku serangan dan mempunyai beberapa butir serangan, termasuk yang merujuk kepada Metasploit,” kata Hypponen. - AFP

No comments: