Arab minta resolusi Syria
Sebahagian pelarian Syria tiba di sempadan Al-Qaim, Iraq.
NEW YORK - Negara-negara Arab mengumumkan akan menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan mendapatkan sendiri pengesahan terhadap resolusi baru untuk Syria.
Tindakan itu dibuat selepas Majlis Keselamatan gagal menangani krisis yang berlaku di negara bergolak itu dengan meminta peralihan terhadap politik dan penubuhan semula sebuah kerajaan demokrasi.

Duta Arab Saudi, Abdullah Al-Mouallimi dan diplomat Qatar, Abdulrahman Al- Hamadi mengumumkan Arab yang disertai 193 ahli seluruh dunia itu sedang merancang mencari penyelesaian yang mana tidak melibatkan sebarang kuasa veto semasa majlis perdebatan Majlis Keselamatan di Timur Tengah.
Minggu lalu, Russia dan China mengeluarkan kuasa veto mereka terhadap resolusi Majlis Keselamatan yang sebelum ini bertujuan menekan kerajaan Syria agar menghentikan keganasan terhadap rakyatnya dengan menyekat perlindungan.
Dalam pada itu, Arab Saudi dan Qatar dipersalahkan oleh wakil PBB Syria, Bashar Ja'afar susulan campur tangan ketenteraan, kewangan dan politik di Syria dengan dakwaan kedua-dua pihak itu berpakat menentang pelan damai duta antarabangsa, Kofi Annan