Bab Al-Hawa: Orang asing yang menyokong pemberontakan di Syria untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad dilaporkan sudah mula masuk ke negara itu untuk membantu pemberontak Tentera Syria Merdeka (FSA).
Di lintasan sempadan ini dekat Turki yang dikuasai FSA minggu lalu, berpuluh-puluh lelaki mendakwa mereka adalah warga negara asing yang datang untuk membantu pemberontak.
Ada yang berkata mereka berasal dari Algeria, dan ada mendakwa datang dari Maghribi, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Libya, Tunisia sehingga Chechnya dan Somalia.
Tidak jelas berapa ramai orang asing yang sudah masuk ke Syria. Selain itu, mereka tidak melakukannya kerana demokrasi seperti FSA tetapi percaya pemerintah Syria daripada mazhab Alawiyah, serpihan Syiah, adalah kafir dan perlu dijatuhkan.
Sejak awal pemberontakan 16 bulan, pentadbiran Bashar sudah menuduh pergerakan al-Qaeda bersubahat dengan pemberontak dan pemberontakan mereka adalah satu konspirasi luar.
Di NEW YORK, negara Arab kelmarin mengumumkan pelan mendapatkan kelulusan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung resolusi mendesak peralihan politik dan penubuhan kerajaan demokratik di Syria selepas Majlis Keselamatan badan dunia itu gagal menamatkan krisis.
Duta Arab Saudi, Abdallah al-Mouallimi, dan diplomat Qatar, Abdulrahman Al-Hamadi, mengumumkan pelan mendapatkan sokongan 193 anggota badan dunia itu. AP
No comments:
Post a Comment