KABUL: Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, mengingatkan bahawa serangan ke atas polis dan tentera tempatan semakin meningkat ketika mereka bersedia mengambil alih tanggungjawab keselamatan negara itu selepas tentera Nato berundur pada 2014.
Bercakap kepada sidang khas parlimen semalam, Hamid berkata, kadar serangan ke atas pasukan keselamatan Afghanistan sejak dua atau tiga bulan lalu semakin meningkat.
“Setiap hari kita mengalami sekurang-kurangnya 20 hingga 25 kematian di kalangan anak muda yang berkorban demi negara,” katanya.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas pengebom berani mati Taliban menyerang unit rondaan Afghanistan dan AS dan membunuh 21 orang di timur negara itu.
Pengakuan Hamid juga meningkatkan kebimbangan terhadap kemampuan Afghanistan mengawal keselamatan negara itu daripada 130,000 tentera asing yang ada kini. - AFP
No comments:
Post a Comment