Pages

Friday, June 22, 2012

Pejuang Palestin lancar roket ke selatan Israel

BAITULMAQDIS: Pejuang Palestin melancarkan roket dari Gaza ke selatan Israel untuk hari keempat berturut-turut, kata tentera Zionis semalam.
Walaupun Hamas menyatakan persetujuan gencatan senjata dengan negara Yahudi itu, tujuh roket mendarat di selatan Israel selepas tengah malam tetapi tiada sebarang kematian dilaporkan. Jurucakap tentera Zionis berkata, satu roket lagi sempat dipintas sistem pertahanan mereka.

“Sejak awal minggu ini, 129 roket dilepaskan dari Gaza dan memusnahkan empat pos kawalan serta kerosakan harta awam lain,” katanya.
Sementara itu, lapan pejuang Palestin dibunuh rejim Zionis dalam serangan udara tentera Israel sejak tempoh empat hari lalu. - AFP

No comments: