[DIKEMAS KINI] KABUL - Taliban menyerang sebuah hotel yang popular di ibu negara Afghanistan lewat semalam dengan menjadikan kaum wanita dan kanak-kanak sebagai tebusan.
Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh manakala 18 orang dijadikan tebusan, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Kesemua mereka telah dibebaskan kemudian.
Serangan dilakukan ke atas Hotel Spozhmai yang terletak di kawasan Tasik Qaghar, lokasi rekreasi yang popular.
Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. Agensi berita Reuters memetik Taliban berkata serangan dilancarkan ke atas hotel itu sebab rakyat Afghan yang kaya dan warga asing menggunakan premis itu untuk mengadakan 'majlis keramaian liar'.
Kawasan itu popular kepada pendudukan tempatan dan warga asing. Penyerang dikatakan memiliki bom tangan dan mesin-gan.
"Pemberontak berada dalam hotel dan bertempur dengan pasukan keselamatan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kabul, Mohammad Zahir.
Beberapa pengunjung dilaporkan melompat keluar melalui tingkap.
Ia sebahagian daripada siri serangan Taliban ke atas lokasi tumpuan ramai. Taliban digulingkan akhir 2001.
No comments:
Post a Comment