Pages

Friday, June 22, 2012

Keputusan pemilihan Presiden Mesir ditunda

Keputusan pemilihan Presiden Mesir ditunda
Penyokong calon Presiden Mesir Ahmed Shafiq menunjukkan potret ketika mengadakan demonstrasi di Bandar Nasr, Kaherah semalam. - Foto EPA
KAHERAH - Keputusan pemilihan pusingan kedua Presiden Mesir yang sepatutnya diumumkan hari ini terpaksa ditunda.

Agensi berita Mena melaporkan Suruhanjaya Pilihan Raya diketuai hakim Faruq Sultan membuat keputusan untuk menunda keputusan itu tanpa memberi butiran lanjut.

Suruhanjaya tersebut kini sedang meneliti rayuan dikemukakan peguam kedua-dua calon berhubung dakwaan pencabulan semasa kempen pilihan raya dan pertikaian kiraan undi.

Isnin lalu, Ikwanul Muslimin mengisytiharkan bahawa calon mereka, Mohammed Mursi memenangi pemilihan tersebut walaupun saingan beliau, bekas Perdana Menteri, Ahmed Shafiq menolak keputusan awal itu kerana ia belum diumumkan secara rasmi.

No comments: