Pages

Friday, June 22, 2012

Hakim Pakistan arah calon PM ditahan

Makhdoom Shahabuddin semalam dinamakan sebagai calon Perdana Mentero
ISLAMABAD - Hakim Pakistan mengarahkan calon jawatan Perdana Menteri, Makhdoom Shahabuddin, yang dinamakan oleh Presiden negara itu semalam, ditahan.

Waran tangkap dikeluarkan mengaitkan Makhdoom, yang merupakan Menteri Kesihatan, dengan pengimportan dadah yang menyalahi undang-undang.

Parlimen akan mula mengundi untuk memilih Perdana Menteri yang baru esok, bagi menggantikan Yousuf Raza Gilani, yang diputuskan oleh Mahkamah Agung kelmarin telah hilang kelayakan kerana disabitkan kesalahan.

Pakar undang-undang menyatakan bahawa beliau masih lagi layak bertanding walaupun ditangkap dan masih lagi boleh dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Parlimen.

Makhdoom merupakan pemimpin kanan parti dalam Parti Rakyat yang memerintah Pakistan, juga pernah berkhidmat dalam Kabinet Benazir Bhutto.

Perintah untuk menangkap beliau dikeluarkan oleh hakim mahkamah antinarkotik di utara bandar Rawalpindi.

Beliau dikaitkan dengan kes mengimport dadah terlarang ephedrine semasa menjadi Menteri Kesihatan dan dituduh melanggar sekatan import dadah tahun 2010.

Bagaimanapun, beliau menafikan pertuduhan itu dan mengarahkan siasatan dilakukan terlebih dahulu.

No comments: