Pages

Monday, June 18, 2012

Mahmoud bersara tahun depan

BERLIN: Sebuah akhbar Jerman semalam melaporkan, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, mengaku akan bersara daripada politik selepas menamatkan penggal kedua mandatnya tahun depan.
Frankfurter Allgemeine Sonntagszeitung melaporkan, ketika ditemui Mahmoud berkata, dia bercadang kembali terbabit dalam bidang akademik selepas menamatkan tugasnya nanti.

Bagaimanapun, Mahmoud mungkin terbabit dalam aktiviti politik di universiti.
“Saya tidak akan menubuhkan sebarang parti atau kumpulan politik,” katanya.

Mahmoud tidak lagi layak bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya Jun 2013 kerana sekatan perlembagaan negara itu.

“Cukuplah menjadi presiden selama lapan tahun,” katanya. - AP

No comments: