Pages

Monday, June 18, 2012

Insiden bakar al-Quran, balai polis diserang

Penduduk Pakistan yang mengadakan tunjuk perasaan membakar kenderaan di luar sebuah balai polis di bandar Kuchlak kira-kira 16 kilometer ke utara Quetta, ibu negeri wilayah Baluchistan pada 16 Jun lalu. - AFP
QUETTA, Pakistan 17 Jun - Seorang maut, manakala 19 orang lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bertindak menyerang sebuah balai polis, di sini semalam bagi mendesak seorang lelaki yang ditahan polis kerana menghina al-Quran, diserahkan kepada mereka.
Seorang pegawai kanan pentadbiran, Qambar Dashti berkata, sebelum itu polis menahan seorang lelaki yang dipercayai 'terencat akal' kerana dikatakan terbabit membakar al-Quran di Kuchlak, kira-kira 16 kilometer dari Quetta.
''Ekoran kejadian itu, penunjuk perasaan, kebanyakan mereka pelarian Afghanistan yang marah, bertindak membakar beberapa kenderaan dan melempar batu ke arah polis.
''Mereka mendesak supaya lelaki itu dibunuh kerana menghina al-Quran, mereka kemudian memasuki balai polis dan melepaskan tembakan,'' katanya kepada AFP.
Beliau berkata, seorang pegawai kanan polis berjaya menyelamatkan diri, manakala kakitangannya cedera ditembak.
Ketua Polis Quetta, Qazi Wajid berkata, polis melepaskan gas pemedih mata dan tembakan bagi mempertahankan diri.
''Kejadian itu menyebabkan seorang penunjuk perasaan maut dan 19 orang lagi termasuk lapan anggota polis cedera.
''Kesemua yang cedera akibat terkena tembakan,'' katanya. - AFP

No comments: