Pages

Monday, June 18, 2012

Arab Saudi beli 800 kereta kebal

FRANKFURT: Arab Saudi membeli antara 600 hingga 800 unit kereta kebal Leopard buatan Jerman, dua kali ganda berbanding rancangan asal.
Memetik sumber daripada kerajaan, akhbar Bild am Sonntag, melaporkan sebelum ini Arab Saudi mahu membeli 300 unit Leopard-2 - kereta kebal perang utama buatan Jerman.

Kereta kebal itu turut dikeluarkan di bawah lesen di Sepanyol.
Dengan pembelian sehingga 800 unit, perjanjian perdagangan senjata itu akan bernilai 10 bilion euro (RM40 bilion).

Menurut Bild am Sonntag, jumlah itu adalah satu daripada dagangan senjata terbesar pernah dilakukan dalam industri pertahanan Jerman.

“Walaupun ada bantahan terhadap perjanjian itu di Pejabat Canselor, Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan, sokongan diberi Kementerian Ekonomi Jerman,” lapor akhbar itu.

No comments: