MARANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal jenis Yamaha 135 LC ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 58.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan dekat Rantau Abang, di Kampung Rhu Kubur kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa, Mohd Aadlan Mohamad, 33, dari arah Dungun sedang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kampung Petaling, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu berkata, mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan dalaman yang serius.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun, dikatakan memotong kenderaan lain sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan. “Mangsa yang menunggang seorang diri itu kemudiannya tercampak kirakira 20 meter ke tepi jalan sebelum motosikalnya diseret kereta terbabit kira-kira 50 meter dari tempat kejadian,” katanya semalam.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala pemandu kereta yang berumur 25 tahun beralamat dari Dungun itu membuat laporan di Balai Polis Merchang,
Selepas kejadian. Ahmad Mazlan berkata, kes kemalangan itu masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

No comments:
Post a Comment