NEW YORK 18 Jun - Sebuah komputer jenama Apple yang dikeluarkan pada 1976 dilelong pada Jumaat lalu di sini dengan harga AS$374,500 (RM1.2 juta), 500 kali ganda lebih tinggi daripada harga asalnya.
Syarikat lelong Sotheby's yang menganjurkan acara lelong tersebut berkata, komputer terbabit masih berfungsi dengan baik dan melebihi anggaran nilai lelongan sebanyak AS$150,000 (RM465,000).
Acara lelong tersebut turut melelong beberapa buku lama termasuk manuskrip. - REUTERS
No comments:
Post a Comment