Pages

Thursday, May 17, 2012

Polis Itali rampas aset keluarga Gaddafi

myMetro | Polis Itali rampas aset keluarga Gaddafi:

MILAN: Polis Kewangan Itali merampas harta bernilai 20 juta euro (RM79.5 juta) kepunyaan keluarga bekas pemimpin Libya, Muammar Gadaffi, menjadikan jumlah kesemua yang dirampas di Itali, melebihi 1.3 bilion euro (RM5.16 bilion).
Itali mula merampas aset yang dipercayai kepunyaan keluarga Gaddafi, Mac lalu, di atas permintaan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Aset yang dirampas, termasuk saham di dalam bank terbesar Itali, UniCredit, syarikat minyak dan gas gergasi, Eni, Kumpulan Pertahanan Finmeccanica, pembuat kereta Fiat, membaut trak Fiat Industrial dan kelab bola sepak, Juventus. - Reuters

'via Blog this'

No comments: