Pages

Thursday, May 17, 2012

Iran bantah pakatan Bahrain

myMetro | Iran bantah pakatan Bahrain - Arab Saudi:

TEHERAN: Iran menyeru rakyatnya mengadakan protes selepas solat Jumaat pada minggu itu bagi membantah pelan Amerika Syarikat menjadikan Bahrain sebahagian daripada Arab Saudi.
Majlis Penyelarasan Propaganda Islam berkata, rakyat Iran perlu menzahirkan kemarahan mereka terhadap rejim al-Khalifa (yang menjadi pemerintah di Bahrain) dan al-Saud (keluarga diraja memerintah Arab Saudi).

“Rancangan berbahaya ini adalah kesan kerjasama tiga penjuru antara AS-Zionis-Bahrain bagi menghalang kebangkitan rakyat merebak ke negara lain di Timur Tengah, selain mengawal krisis dalaman di Bahrin akibat kelemahan rejim al-Khalifa mengawal keadaan,” katanya.
Kelmarin, pemimpin Majlis Kerjasama Teluk membincangkan cadangan membentuk kesatuan sesama mereka, dimulakan dengan Arab Saudi dan Bahrain. - AFP

'via Blog this'

No comments: