Pages

Thursday, May 17, 2012

Anak kuda cedera parah dibaham anjing

myMetro | Anak kuda cedera parah dibaham anjing:

KEADAAN anak kuda yang diserang anjing.
KEADAAN anak kuda yang diserang anjing.
LONDON: Seekor anak kuda yang parah dibaham anjing dan terpaksa ditembak mati mendapat perhatian aktivis pencinta haiwan di Britain, semalam.
Sekumpulan aktivis pencinta haiwan berkata, mereka bimbang anjing dipercayai kacukan jenis Pitbull dan Boxer itu mungkin menyerang sekali lagi jika tidak ditangkap segera.

Antara kebimbangan mereka, kata aktivis terbabit, adalah kemungkinan anjing berkenaan menyerang kanak-kanak.
Justeru, mereka menggesa pemilik anjing berkenaan tampil segera bagi membolehkan tindakan lanjut diambil pihak berkuasa terhadap haiwan berkenaan.

Jurucakap kumpulan itu berkata, mereka yakin anjing berkenaan ganas.

“Berdasarkan serangan pada anak kuda itu, kami menemui 19 kesan gigitan pada bangkai haiwan berkenaan,” katanya.
Sementara itu, beberapa saksi berkata, anak kuda berkenaan diserang ketika dia berjalan bersama ibunya di kawasan terbuka di Dartmoor, Devon.

Kata saksi, ibu kuda itu juga cedera dalam serangan berkenaan.
“Kami menghubungi pihak yang berkenaan sebaik kejadian berlaku, tetapi anak kuda itu gagal diselamatkan kerana kecederaan dialaminya sangat parah,” katanya. - TS

'via Blog this'

No comments: