Pages

Thursday, May 17, 2012

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang bebas tuduhan khalwat

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang bebas tuduhan khalwat - Nasional - Sinar Harian:
GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini melepas dan membebaskan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang Adam Tumiran dan pasangan Nurul Izani Md Isa daripada tuduhan khalwat Disember lepas, selepas mendapati mereka adalah pasangan suami isteri.
 
Hakim Syarie Othman Ibrahim membuat keputusan itu setelah mengiktiraf keputusan Mahkamah Syariah Kota Tinggi, Johor yang mengesahkan Adam, 44, dan Nurul Izani, 35, adalah suami isteri semasa mereka didapati berkhalwat 5 Dis lepas.
 
"Mengikut Seksyen 75 (3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam menyatakan bahawa satu perintah untuk kehakiman yang dikeluarkan oleh mana-mana mahkamah adalah sah dan mahkamah tinggi di sini boleh mengiktiraf perintah itu," katanya.
 
Othman juga memerintahkan wang jaminan sebanyak RM2,500 bagi setiap tertuduh dikembalikan.
 
Adam dan Nurul Izani, yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Kuala Lumpur, dituduh melakukan kesalahan itu pada 5 Dis 2010 pukul 2.05 pagi di rumah nombor 18B, Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri di sini.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
 
Peguam bela yang mewakili kedua-dua tertuduh, Ahmad Munawir Abdul Aziz berkata semasa kejadian kedua-dua tertuduh tidak berpeluang mengemukakan pengesahan perkahwinan mereka memandangkan mereka bernikah di luar negara. "Lanjutan daripada itu kedua-dua tertuduh telah mengemukakan permohonan pengesahan dan pengesahan itu telah diterima oleh mahkamah di Johor," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah. - Bernama
'via Blog this'

No comments: