Pages

Friday, April 13, 2012

Tentera Syria akur gencatan


BEIRUT: Tentera Syria tidak melepaskan sebarang bedilan selama beberapa jam selepas gencatan senjata tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkuat kuasa semalam, menjadikan bandar yang diserang bertalu-talu sejak beberapa hari lalu senyap sunyi.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak begitu meyakinkan sesetengah aktivis pembangkang dan Barat bahawa Presiden Bashar al-Assad mematuhi pelan damai yang dipersetujui dengan wakil antarabangsa, Kofi Annan.
Sebagai tentangan kepada perjanjian itu, tentera Syria dan kereta kebal masih berada pada kedudukan mereka di beberapa bandar, kata aktivis.
“Ia malam yang dahsyat. Homs diserang teruk. Namun kini ia tenang dan tiada tembakan kedengaran,” kata Abu Rami, aktivis di bandar raya itu selepas tarikh akhir pada jam 6 pagi.

Jurucakap kerajaan, Jihad Makdissi, berkata Damsyik bersungguh–sungguh dengan pelan Annan.

Di ibu pejabat PBB, Annan, akan memberi taklimat kepada Majlis Keselamatan.
Sementara itu, kuasa Barat, walaupun enggan membenarkan campur tangan ketenteraan, melobi Russia, sekutu kuat Bashar untuk menggugurkan kuasa veto ke atas langkah PBB lain untuk menekan pemimpin negara itu meletak jawatan selepas empat dekad keluarga memerintah.
Krisis selama 13 bulan menyebabkan arus tekanan di seluruh Asia Barat, melaga-lagakan golongan Sunnah Arab dan Syiah Iran. Ia juga memberi amaran kepada Turki, selepas Perdana Menterinya, semalam menyatakan negara itu berhak meminta bantuan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk mempertahankan sempadan mereka yang dibedil tentera Syria minggu ini. –

No comments: