Pages

Friday, April 13, 2012

Syria masih gagal patuhi pelan damai: Annan


NEW YORK: Ketua misi antarabangsa, Kofi Annan hari ini mendakwa Syria masih tidak mematuhi syarat pelan damai dan meminta pasukan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu dihantar dalam tempoh terdekat bagi memantau gencatan senjata yang dianggap rapuh itu.

Majlis Keselamatan PBB mungkin meluluskan resolusi hari ini bagi membenarkan kemasukan pasukan pemerhati dihantar ke negara yang berdepan konflik lebih 13 bulan itu yang setakat ini mengorbankan lebih 9,000 nyawa.

Annan memberitahu Majlis Keselamatan bahawa keadaan di Syria kini 'tenang tetapi rapuh' selepas penguat kuasaan gencatan senjata sejak semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, Presiden Bashar al-Assad masih tidak memenuhi lima perkara dalam syarat pelan damai.

Syria sepatutnya mesti menarik balik penghantaran tentera serta memberhentikan penggunaan senjata berat dari beberapa bandar utama bagi meredakan keganasan.

“Apa yang berlaku hari ini, kerajaan Syria masih tidak memenuhi semua syarat berkenaan," katanya. - AFP

No comments: